19 October 2020




Perintah kawalan pergerakan bersyarat telah dijalankan di sekitar Selangor, Putrajaya dan Sabah. Jadi bagi ibu-ibu yang WFH atau surirumah mesti buntu aktiviti apa yang sesuai untuk dilakukan dengan anak bawah 1 tahun kebawah bukan. 

Meh kami nak share aktiviti yang sesuai dilakukan untuk anak setahun kebawah. Aktiviti ini telah dicadangkan oleh Dr Mahani Razali. 

1. Bertentang mata

Aktiviti ini ibu boleh lakukan bila ada masa sesuai. Contoh di waktu ibu menyalin lampin atau sewaktu ibu menyuap makanan anak. Aktiviti ini amat bagus untuk membina hubungan yang rapat kerana anak lebih cepat mengecam dan mengenal wajah ibu. Lebih penting lagi ianya dapat membantu bayi membina memori dan daya ingatan.




2. Bercakap dengan anak

Ramai ibu yang selalu tidak melakukan aktiviti ini kerana merasakan bayi masih kecil lagi. Ini adalah tanggapan yang salah. Aktiviti bercakap dengan anak mampu membantu anak ibu membina skema perkataan dalam minda dan membantu memperkayakan perbendaraan kata. Jadi rajinkan bercakap dengan anak ibu. Pastikan ibu bercakap dengan perlahan dan jelas bagi memudahkan bayi mendengar dengan baik. 

3. Perbezaan gambar

Aktiviti ini sangat bagus untuk anak membuat proses pengecaman. Cari gambar perbezaan ini yang hampir sama tetapi tidak serupa. Kalau ibu perasan dulu dekat surat khabar ada permainan ini.

4. Main jelir lidah

Mungkin ada segelintir ibu merasakan menjelir lidah ini perkara yang tidak sopan, namun hal ini ada bagusnya untuk anak. Aktiviti ini boleh dilakukan ketika anak dalam keadaan keinginan bermain bersama ibu. Ibu boleh pandang muka anak dan panggil anak. Dalam masa yang sama ibu boleh menjelir lidah. Ibu akan perasan yang bayi akan cuba meniru perbuatan itu. Keadaan ini dapat merangsang pemikiran anak untuk menyelesaikan masalah.

5. Buku gambar binatang

Ikut atas kreativiti ibu, sama ada membeli buku gambar haiwan atau ibu ingin buat sendiri. Bila ada masa lapang, boleh baca buku itu bersama bayi ibu. Berceritalah tentang haiwan tersebut. Bayi ibu akan gembira dan secara tak langsung ibu memberi motivasi membaca pada bayi.



6. Geletek bayi 

Geletek badan anak ibu. Ketawa merupakan langkah dalam perkembangan humuor bayi. Namun pastikan geletek bayi secara selang-selang jangan tanpa berenti, kesian bayi tidak dapat bernafas dengan sempurna.

7. Nyanyi bersama

Menyanyi dapat merangsa minda anak-anak untuk menguasai dan membatu mereka menambah penbendaraan kata. Bayi juga akan faham setiap objek di keliling mereka ada nama dan peranan mereka sendiri. Nyanyilah lagu yang mudah untuk bayi. Kajian menunjukan aktiviti nyanyian dapat membantu perkembangan sosial emosi anak dimana mereka dapat meluahkan persaan gembira dan seronok melalui aktiviti nyanyian.

8. Kenali anggota badan

Jom lakukan aktiviti ni di waktu ibu memandikan atau menyiapkan bayi. Aktiviti ini membantu bayi mengenali anggota tubuh badan mereka.

9. Kenali bunyi

Aktiviti ini ibu boleh lakukan dengan alat mainan bayi. Ibu boleh kumpul semua mainan bayi seperti lego, block mainan dan lain-lain. Sediakan bekas yang besar. Ibu masukan mainan itu kedalam bekas tadi. Lepas itu minta bayi ibu lakukan dan perhati reaksi bayi ibu bila mendengar bunyi berbeza yang dihasilkan dari mainan tersebut. Aktiviti membantu meningkatkan kemahiran mendengar bayi ibu.

10. Aktiviti mengoyakkan kertas

Apa mengoyakan kertas? Alamak habislah nanti semua buku dikoyakkan. Jangan bimbang ibu pastikan buku ibu disimpan di tempat yang anak tidak boleh capai. Aktiviti mengoyak kertas ini mampu menigkatkan kemahiran motor bayi. 



ChubbyBitsy's Blog . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates