01 September 2020


 

Wah bayi ibu dah masuk setahun. Selama 12 bulan melihat mereka membesar dengan pelbagai karenah dan telatah. Hanya dalam masa satu tahun, bayi ibu telah berubah dari bayi baru lahir yang tidak berdaya menjadi orang kecil yang bebas dan aktif. Bersyukurlah. 

Berat bayi ibu mungkin meningkat tiga kali ganda sejak lahir. Pada bulan 12, bayi juga telah tumbuh sebanyak 50% - sekitar 9 hingga 11 inci - dan otak mereka kira-kira 60% dari ukuran dewasa. Selepas ini bayi tidak mudah naik badan seperti sebelum ini kerana aktiviti yang mereka akan lakukan akan mengurangkan berat badan mereka. 

Bila anak sudah masuk setahun kebanyakkan mereka sudah pandai berdiri dengan sendiri dan ada sesetengah bayi yang telah membuat langkah solo pertama mereka. Ibu jangan lupa buat urutan lembut pada kaki bayi selepas mandi.

Kanak-kanak berusia satu tahun cukup pandai melakukan beberapa perkara untuk diri mereka sendiri, seperti makan dengan jari, membantu ibu bapa mereka memakai pakaian untuk mereka, dan membalik halaman buku cerita. Bayi ibu harus mula menggunakan beberapa barang harian dengan betul, termasuk sudu, telefon, dan sikat rambut. Walaupun bila melakukan perkara-perkara ini mungkin tidak sempurna, biarkan mereka menyudahkan dengan cara mereka sendiri. 

Menjelang satu tahun, bayi ibu semestinya kurang tidur pada waktu siang dan lebih banyak tidur pada waktu malam. Namun ada juga kanak-kanak yang perlu tidur di waktu siang mungkin kerana tidur malam mereka terganggu. 

Pada satu tahun, ibu boleh membuat peralihan dari susu ibu atau formula ke susu lembu jika ibu sudah tidak mampu memberi susu badan. Mulakan dengan susu penuh. Bayi ibu memerlukan lemak tambahan untuk pertumbuhan dan perkembangan otak yang sihat. Jangan beralih ke susu rendah lemak - atau makanan rendah lemak yang lain tanpa nasihat atau saranan pakar pediatrik ibu.

Helping with Your First Few Steps
Website Chubbybitsy
Shopee Chubbybitsy
Facebook Chubbybitsy
IG Chubbybitsy
Twitter Chubbybitsy
Want to Be My Dropship?
Be MY Affiliate

#chubbybitsy; #dropshipbarangbaby; #dropshipshopee; #dropshiplazada; #onlinebabystore; #onlinebabyshop; #kedaibabyonline; #kedaibabymurah; #kedaibaby #onlinebabystore #kedaibabymurah #breastfeeding #botolsusu #babyfood #confinement #pantang #bukukanakkanak #educationalbook #babycare

ChubbyBitsy's Blog . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates