MITOS TENTANG GIGI BAYI
Perkara biasa kalau ibu akan dengar cakap kawan-kawan atau kenalan rapat. Namun ada beberapa perkara yang ibu perlu tahu tentang beberapa mitos tentang gigi bayi. Mitos yang salah boleh membahayakan kesihatan gigi dan mulut bayi.
Mitos 1: Gigi bayi tidak begitu penting.
Ada sesetengah berpendapat yang gigi bayi ini tak pe tak jaga sebab nanti akan tanggal dan digantikan dengan gigi kekal. Ha masa tulah kena jaga betul-betul. Salah tu ibu, gigi susu memiliki banyak kegunaan. Gigi bayi sangat penting untuk makan dan mendapat nutrisi di perlukan. Selain itu ianya untuk struktur muka dan untuk menahan ruang bagi gigi kekal tumbuh dengan betul
Mitos 2 : Gigi tumbuh menyebabkan bayi sakit
Walaupun ibu mungkin pernah dengar bila bayi tumbuh gigi mereka akan merengek. demam dan macam-macam lagilah. Hasil kajian menunjukan bahawa gejala gigi tumbuh itu biasa sahaja.
Tidak selesa gusi, air liur banyak dan selalu merengek adalah gejala paling umum yang berkaitan dengan tumbuh gigi. Hasil penelitian pakar kanak-kanak mengatakan ada sesetengah bayi akan meningkat suhu badan.
Hamun jika demam itu meningkat sampai 39c keatas mungkin bukan kerana pertumbuhan gigi namun sebab jangkitan lain.
Mitos 3: Ibu perlu mengosok gigi bayi 1 kali sehari
Meskipun masih gigi bayi, sebaiknya perlu di gosok dua kali sehari. Sebelum bayi memiliki gigi, bersihkan mulut dan gusinya dengan kain basah. Setelah tumbuh gigi pertamanya, ganti dengan berus gigi kecil yang berbulu halus dan gunakan sebesar beras ubat gigi berfluoride. Lakukan dengan teknik mengosok seperti ibu mengosok gigi sendiri.
Mitos 4: Bayi tidak boleh menggunakan ubat gigi berfluoride sampai berusia 2 tahun
Para doktor gigi menyarankan mengunaka ubat gigi florida sejak tumbuh gigi pertama bayi. Ia bagi mengurangkan kemungkinan pembusukan. Mengapa florida pernah dilarang digunakan untuk bayi? Ini kerana bayi suka menelan ubat gigi itu akan menyebabkan gigi menjadi bintik-bintk putih dan kasar, malah boleh berlubang.
Itu sebabnya ibu hanya pertlu mengunakan ubat gigi sedikit sahaja untuk mencegah bayi menelan terlalu banyak ubat gigi.
Mitos 5: Bayi tidak akan mengalami gigi berlubang
Selain itu, gigi kekal terbentuk tepat di ujung akar gigi bayi,jadi sebarang jangkitan pada gigi bayi boleh merosakkan gigi. Sebenarnya, satu kajian mendapati bahawa kanak-kanak yang mempunyai gigi berlubang pada gigi susu mereka tiga kali lebih mungkin mengalami rongga pada gigi kekal mereka.
Mitos 6: Ibu harus membuat pemeriksaan gigi pertama bayi pada usia 3 tahun

Website Chubbybitsy
Shopee Chubbybitsy
Facebook Chubbybitsy
IG Chubbybitsy
Twitter Chubbybitsy
Want to Be My Dropship?
Be MY Affiliate
#chubbybitsy; #dropshipbarangbaby; #dropshipshopee; #dropshiplazada; #onlinebabystore; #onlinebabyshop; #kedaibabyonline; #kedaibabymurah; #kedaibaby #onlinebabystore #kedaibabymurah #breastfeeding #botolsusu #babyfood #confinement #pantang #bukukanakkanak #educationalbook #babycare