23 September 2020




Tahukan ibu minyak zaitun sangat elok untuk perkembangan bayi.Minyak zaitun adalah minyak semula jadi yang diekstrak dari buah zaitun. Minyak zaitun tidak hanya berguna untuk menjaga kesihatan kulit anak kecil ibu, tetapi juga dapat digunakan dalam masakan untuk bayi.

Ibu perlu tahu bahawa minyak zaitun bermanfaat untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi, seperti menyokong perkembangan otak bayi untuk melindungi daripada jangkitan tertentu.


Walaupun begitu, penggunaan minyak zaitun masih perlu disesuaikan mengikut usia bayi. Minyak zaitun hanya boleh diletakkan dalam makanan setelah bayi berusia lebih dari enam bulan. Ibu hanya perlu menambahkan satu sudu teh minyak zaitun ke dalam makanan bayi. Jangan memberi minyak zaitun secara berlebihan kerana boleh menyebabkan cirit-birit pada anak kecil ibu.

Jom kenali 5 manfaat minyak zaitun,

1. Dapat mengelak dari jangkitan bakteria

Sekiranya ibu menggunakan minyak zaitun sebagai campuran makanan pelengkap atau menjadikan minyak masak untuk masak makanan anak kecil ibu, maka ibu telah membantu mencegah jangkitan dengan bakteria jahat di dalam badan bayi.

Kandungan nutrien dalam minyak zaitun dapat membunuh bakteria jahat yang akan memasuki tubuh bayi. Bayi juga dapat mengelakkan pelbagai jangkitan seperti jangkitan gastrointestinal yang boleh membahayakan kesihatan dan mengurangkan berat badan anak ibu secara drastik.

2. Mencegah obesiti

Walaupun mengandungi lemak total dan tepu, mencampurkan pepejal dengan minyak zaitun tidak akan menyebabkan kegemukan pada bayi. Minyak zaitun sebenarnya dapat mencegah kegemukan kerana kandungan asid lemak tak tepu menghalang pembentukan dan pengumpulan lemak jahat di dalam tubuh bayi.

Dengan cara itu, ibu masih boleh menyediakan makanan pelengkap yang mengandungi lemak tanpa perlu risau anak ibu gemuk

3. Mencegah pendarahan jika berlaku kecederaan

Bayi yang tengah aktif akan terdedah dengan kecederaan. Oleh itu, minyak zaitun dapat mencegah masalah pendarahan pada anak kecil ibu, terutama jika anak ibu mula belajar berjalan.

Selain mengandungi asam lemak tepu dan tak tepu, minyak zaitun juga mengandung vitamin K yang berguna untuk pembekuan darah sekiranya terjadi kecederaan pada tubuh si kecil anda. VItamin K juga sangat baik untuk pertumbuhan dan perkembangan tulang bayi.

4. Menjaga sistem jantung

Kandungan asid lemak dan vitamin E dalam minyak zaitun dapat mengekalkan fungsi organ seperti jantung dan pankreas. Dengan cara itu, bayi dapat tumbuh dan berkembang mengikut usia mereka. Sekiranya ibu kerap mencampurkan makanan pelengkap dengan minyak zaitun, ia juga berguna untuk meningkatkan peredaran darah si kecil.

5. Membantu perkembangan otak

Tidak dapat dinafikan setiap ibu selalu menginginkan anak kecil membesar menjadi anak yang cerdik. Jadi, minyak zaitun sangat elok untuk perkembangan otak bayi.

Ini kerana minyak zaitun mengandungi asid lemak yang dapat merangsang pertumbuhan sel saraf di otak si kecil, yang berkaitan secara langsung dengan kecerdasan dan kemahiran bayi.

Jadi inilah lima kebaikan minyak zaitun untuk bayi. Minyak zaitun mempunyai banyak faedah untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi ibu, tetapi ibu perlu memberikan jumlah yang tepat.

Sekiranya ibu masih ragu-ragu dan nak ambil jalan selamat, lebih baik ibu berbincang dengan doktor terlebih dahulu. Simpan minyak zaitun di tempat yang tidak terkena cahaya matahari untuk mengekalkan nutrien di dalamnya.




ChubbyBitsy's Blog . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates