07 September 2020




Pernah tak ibu tahu yang gusi bayi perlu di cuci selalu walaupun belum tumbuh gigi? Adakah ibu memang mencuci tiap hari atau langsung tak buat? Jika belum buat masih belum terlambat ibu.


Sebelum gigi pertama bayi tumbuh, adalah bagus jika ibu selalu menyapu atau mencuci gusi bayi dengan kain lampin atau kain tuala yang lembut setiap kali selepas mandi.

Pada peringkat permulaan ini, ibu tidak perlu mencuci gusi dengan ubat gigi. Hanya dengan tuala atau kain kasa yang dililit di sekeliling jari boleh digunakan dengan menyapu secara perlahan-lahan disekeliling gusi dan lidah untuk menghilangkan bakteria yang berbahaya dalam mulut bayi.

Selalunya gigi pertama bayi akan tumbuh di bahagian depan rahang bawah ketika bayi berumur enam bulan. Namun, masa pertumbuhan gigi pertama bayi tidak sama dengan bayi lain. Sesetengah bayi masih tiada gigi yang tumbuh walaupun usia telah mencecah setahun. Jangan jangan terlalu risau. Lagi cepat bayi ada gigi lagi mudah dia nak mengigit ibu nanti. Opss.

Milestone Alert: Our Baby's First Tooth! | First tooth, Baby teeth,  Teeth

Memberus gigi bayi bolehlah dimulakan seawal gigi pertama kelihatan tumbuh di dalam mulut. Ini akan menanamkan tabiat penjagaan kesihatan pergigian yang baik kepada anak ibu.

Sehari boleh gosok dalam 2 kali iaitu pagi dan malam. Ibu perlu gunakan berus gigi yang sesuai untuk bayi.

Contoh:
Baby soft silicone toothbrush

Pastikan selalu membuat pemeriksaan doktor 6 bulan sekali bagi penjagaan gigi bayi.


ChubbyBitsy's Blog . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates