30 September 2020


Setiap ibu bapa mempunyai cara mereka sendiri untuk menunjukkan kasih sayang dan mengajar anak-anak.

Sebagai contoh, dalam menyediakan makanan dan minuman, mendidik anak-anak, atau membenarkan bermain alat. Perkara-perkara ini jika dilakukan setiap hari akan membentuk tabiat pada anak-anak.

Namun, ternyata tidak semua tabiat memberi kesan positif. Terdapat beberapa tabiat yang boleh memberi kesan negatif kepada anak kecil anda.

Jadi kami akan beri beberapa contoh tabiat buruk ibu bapa yang membahayakan anak-anak, antaranya:

1. Makan berlebihan

Sememangnya satu kegembiraan buat ibu bila anak suka makan. Namun pernah disebalik kegembiraan itu pastikan jangan memberi makanan berlebihan kepada anak.Ajar mereka bersederhana dalam makan.

Selain itu, menyediakan makanan segera juga menjadi pilihan bagi ibu bapa kerana dianggap cukup praktikal. Sebenarnya, makanan segera yang berlebihan boleh menyebabkan pelbagai jenis masalah kesihatan.

Oleh itu, ibu harus memberi makanan yang seimbang buat anak. Lebih baik memberi makanan yang dimasak oleh ibu sendiri kerana ianya terjamin dengan kebersihan dan kesihatan terjaga.

Boleh je nak bagi anak makanan segera, tetapi pastikan tidak terlalu kerap. 



2. Suka menakutkan anak

Apabila anak-anak sukar dikawal atau sering menangis, ibu bapa sering menakutkan mereka dengan perkara tertentu. Anak-anak akan diam dan mematuhi kehendak ibu bapa mereka.

Ini adalah tabiat yang boleh membahayakan kanak-kanak. Ketakutan yang ditimbulkan oleh ibubapa boleh masuk ke fikiran bawah sedar sehingga dewasa.

Sebenarnya, ia boleh mencetuskan trauma pada kanak-kanak. Oleh itu, lebih baik jangan menakutkan anak.

3. Beremosi 

Kita sebagai manusia tak lepas dari sifat yang beremosi, namun pastikan emosi itu tidak terzahir secara tidak sengaja kepada anak-anak. Contohnya, menjerit apabila anak buat salah, memarahi mereka tanpa mereka tahu apakah puncanya dan mendera fizikal mereka dengan merotan melebih batas.

Tingkah laku seperti ini boleh memberi kesan negatif kepada anak. Terutama secara mental atau psikologi si kecil ibu. Anak-anak akan merasa tidak disayangi, tidak dihargai, dan merasa tidak berguna.

Jadi, cubalah tetap sabar dan tenang ketika mendidik anak-anak. Galakkan anak-anak bersikap terbuka dan berbincang. Elakkan beremosi kerana ianya membuang tenaga betul tak ibu.

4. Mengancam anak

Ada ibubapa yang suka mengancam sebab anak akan ikut apa yang mereka katakan. 
Contohnya, apabila anak-anak bergaduh dalam kereta ibu akan bagitahu nak tinggalkan mereka di tepi jalan.

Ancaman seperti ini boleh menyebabkan anak itu segera memenuhi kehendak ibu bapa, tetapi ia tidak akan berkesan dalam jangka masa panjang. Ini kerana ibu tidak akan melakukan seperti yang ibu katakan. 

Lebih baik ibu tetapkan peraturan yang jelas, ajar anak-anak supaya berdisiplin dan memberi pemahaman agar dapat mematuhi peraturan yang telah dipersetujui.


5. Menyalahkan objek yang tidak bernyawa

Ada sesetengah ibubapa mereka suka menyalahkan benda tidak bernyawa yang ada sekeliling mereka. Contohnya, ketika kanak-kanak menangis kerana dia jatuh dari tangga. Ibubapa akan menyalahkan tangga, tanpa sedar anak akan berasa itu bukan salah mereka tetapi salah tangga. 

Tabiat ini secara tidak langsung boleh membahayakan kanak-kanak. Takut ianya menjadi habis sampai besar tidak pernah nampak kesalahan mereka sendiri dan mereka terbiasa menyalahkan orang lain.

6. Memberi kemewahan yang berlebihan

Ia tidak salah bila berduit nak bermewahkan anak,namun biarlah berpada-pada ibu. Ini boleh menyebabkan kanak-kanak mempunyai sifat materialistik dan mungkin tidak bersyukur dengan sesuatu.

Ibu bapa perlu mengetahui bahawa apa yang anak-anak perlukan, iaitu cinta dan kasih sayang. Bukan sekadar material.

Jadi, ibu harus menyediakan sesuatu yang sesuai dengan keperluan anak. Ajar juga anak-anak untuk sentiasa bersyukur, walaupun untuk perkara kecil.

7. Tiada had dalam mengunakan gadjet

Di zaman teknologi serba canggih memang tidak dapat dipisahkan dari gadjet sebagai keperluan. Dan tidak dinafikan ada sesetengah ibubapa ingin menyenangkan kerja mereka akan memberi gadjet kepada anak.

Namun pengunaan gadjet yang berlebihan boleh memberi kesan yang serius pada kesihatan anak. Contohnya, masalah kesihatan mata, kegemukan, hingga insomnia.

Jangan salah faham ibu, bukan tidak boleh berikan terus boleh saja, tetapi pastikan ada peraturan bila mengunakannya. Pastikan juga selalu mengawasi agar anak kecil tidak terdedah dengan kandungan negatif.

8. Mengikut semua kehendak anak

Ibu bapa pasti mahukan perkara terbaik untuk anak-anak. Kebahagiaan anak-anak juga merupakan perkara utama dan terpenting bagi ibubapa.Sehingga kadang-kadang, ibu bapa ini sanggup mematuhi semua permintaan anak.Sebenarnya, tabiat seperti itu boleh membahayakan anak-anak.

Apabila anak-anak terbiasa dengan apa yang mereka mahukan, mereka akan merasakan bahawa semua keinginan dapat menjadi kenyataan tanpa usaha. Ianya juga membuatkan anak malas berusaha.

Sememangnya bukan mudah untuk menjadi ibubapa yang berjaya mendidik anak dengan lebih baik. Namun kita sendiri mampu mencegah dari ianya berlaku lebih teruk. 

ChubbyBitsy's Blog . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates