22 September 2020



Adakah ibu pernah memberi makanan jejari pada bayi? Apakah itu makanan jejari atau lebih di kenali sebagai finger food? Finger food adalah makanan yang dimana bayi boleh memegang sendiri dengan mudah.

Selain memenuhi keperluan bayi, finger food juga boleh melatih bayi dalam kemampuan menguyah dan bayi dapat belajar mengenggam sesuatu benda. Ibu tertanya-tanya apakah finger food yang sesuai nak berikan pada bayi? Meh kami akan kongsikan 7 makanan yang sesuai.

1. Buah Potong
Buah-buahan adalah salah satu cadangan finger food semula jadi yang mudah dicari. Buah mengandungi nutrien seperti vitamin, karbohidrat dan lemak yang berguna untuk pertumbuhan dan perkembangan anak ibu. Jadi, ibu boleh memberikan buah segar atau kering sebagai makanan ringan.

Namun, ibu harus memastikan bahawa buah-buahan seperti pisang, alpukat, mangga, atau mangga telah dipotong kecil-kecil dan dibersihkan dari kulit sehingga tidak membahayakan si kecil anda. Jangan lupa untuk buang biji, kerana biji boleh membuatkan bayi ibu tercekik. 
Antara buah kering yang sesuai untuk bayi tanpa sebarang gula dan pengawet:

Ibu Anis snack fruits crunchy  

Rush baby fruit melt 8months 

Fawwaz baby fruit snacks 

2. Daging  

Sebelum memberikannya kepada bayi, pastikan daging ayam atau daging lembu telah dikukus hingga lembut.Ibu juga boleh memberi daging yang telah dikisar sehingga mudah digigit bayi. Selain itu,ibu perlu merasainya terlebih dahulu untuk memastikan dagingnya mudah dikunyah oleh si kecil anda. 

Antara resepi yang ibu boleh buat untuk bayi adalah nugget daging,jejari daging, bebola daging dan pelbagai lagi. Bila ibu buast sendiri terjamin kandungan yang ibu letak dalam ramuan.  

 3. Keju 

Keju mengandungi kalsium yang baik untuk membantu pertumbuhan tulang bayi. Oleh itu, keju boleh digunakan sebagai salah satu pilihan finger food anak ibu. Pastikan memilih keju yang lembut, tidak berbau, dan tidak melekit kerana ia akan digenggam oleh anak ibu.


 

4. Pasta 

Pasta bukanlah makanan ringan atau finger food yang selalu diberikan pada anak di Malaysia. Namun, pasta jenis fusili dan macaroni boleh dijadikan alternatif makanan ringan selain buah. Ibu hanya perlu rebus pasta sehingga masak dan lembut sebelum memberikannya kepada si kecil. Ibu juga boleh cuba pasta produk bumiputera antaranya:

Pasta Sayuran 

Macroona 

5. Sayuran 

Mama boleh menyediakan sayur rebus seperti kubis bunga, brokoli, atau keledek. Jangan lupa rebus atau kukus sayur-sayuran hingga lembut. Tujuannya agar si kecil dapat mengunyah sayur-sayuran dengan mudah dan mengelakkan tersedak. Setelah mendidih, jangan lupa memotong sayur-sayuran menjadi kepingan kecil sehingga mudah dicengkam oleh anak ibu.

Sayur-sayuran baik untuk finger food kerana mengandungi nutrien seperti vitamin dan serat yang bermanfaat untuk perkembangan si kecil serta melancarkan sistem pencernaan. Bagus bukan?

6. Cereal 

Ibu juga boleh memberi bjirin cereal untuk bayi ibu. Jangan risau ibu sekarang sudah ada bijirin cereal tanpa gula,tanpa garam, tanpa pewarna dan tanpa bahan pengawet. Antaranya:

 Ibu Anis Fruity Puff

Rush Berry Beet Rice Puff 

Fawwaz Multigrains 






 

7. Telur  

Tidak dapat dinafikan bahawa telur kaya dengan nutrien yang bermanfaat untuk perkembangan anak kecil ibu, seperti protein, kolin, vitamin B2, vitamin B12, dan folat. Disebabkab nutrien yang bermanfaat telur boleh dijadikan makanan jari untuk bayi.Ibu juga perlu memastikan telur dimasak dengan baik dan memotongnya menjadi kepingan kecil sebelum diberikan kepada bayi.

Jadi ini adalah tujuh makanan finger food untuk bayi yang boleh ibu berikan. Menyediakan makanan ringan sihat sememangnya berguna untuk melatih kemahiran motor halus anak-anak. Walau bagaimanapun, menyedia makanan ringan sihat mesti berada di bawah pengawasan ibu kerana bayi boleh tersedak jika mereka terlalu teruja untuk mengunyah makanan tersebut.

Helping with Your First Few Steps
Website Chubbybitsy
Shopee Chubbybitsy
Facebook Chubbybitsy
IG Chubbybitsy
Twitter Chubbybitsy
Want to Be My Dropship?
Be MY Affiliate

#chubbybitsy; #dropshipbarangbaby; #dropshipshopee; #dropshiplazada; #onlinebabystore; #onlinebabyshop; #kedaibabyonline; #kedaibabymurah; #kedaibaby #onlinebabystore #kedaibabymurah #breastfeeding #botolsusu #babyfood #confinement #pantang #bukukanakkanak #educationalbook #babycare

 

 

 

 

ChubbyBitsy's Blog . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates