09 September 2020




Mungkin bagi ibu yang baru mempunyai cahaya mata mereka akan mengalami sedikit masalah bila nak menghadapi saat gigi pertama bayi tumbuh. Ianya kerana bila gigi bayi tumbuh ada sesetengah bayi akan merasa tidak selesa jadi mereka akan lebih clingy dari biasa. 

Jom kami akan kongsikan beberapa fakta tentang pertumbuhan gigi bayi supaya boleh membantu ibu dalam menghadapi. 


1. Umur mula tumbuh gigi

Kebiasaan gigi pertama akan mula tumbuh pada bayi berusai 6 bulan keatas. Namun setiap bayi tidak sama ada yang tumbuh awal dan ada yang tumbuh lambat. Pada waktu gigi mereka tumbuh air liur akan keluar lebih banyak dari biasa. 

Kebiasaan gigi bawah akan muncul selepas itu baru diikuti dengan gigi atas. Setiap gigi tidak akan keluar secara serentak. Ianya akan keluar di waktu tertentu. 

Umur Berapa Bayi Tumbuh Gigi? Halaman all - Kompasiana.com

2. Mula Menolak Makanan

Ada sesetengah bayi akan mula tolak makanan disaat gigi mereka tumbuh. Mungkin kerana ianya tidak selesa.Atau ibu boleh cuba tukar dengan makanan jejari yang membolehkan bayi pegang. Ibu juga harus memeriksa dibawah dagu bayi sekiranya pengeluaran air liur meningkat dari biasa. Takut ada ruam timbul di sekitar mulut atau dagu si kecil. 


3. Cara Menghilangkan Ketidakselesaan

Bila gigi mula tumbuh bayi akan rasa tidak selesa. Lagi-lagi bila gigi kecil menembusi gusi yang lembut ,lagi si manja ibu merasa sangat terganggu. Untuk bayi berusia lebih dari 6 bulan, boleh diberikan asetaminofen atau ibuprofen yang sesuai dapat digunakan sesuai keperluan untuk kesakitan. Namun ibu juga boleh mencuba kaedah semula jadi.

Ibu boleh cuba memberi kain sejuk pada bayi untuk diletakkan digusi mereka. Ibu juga boleh mengurut gusi bayi dengan lembut, pastikan tangan ibu dalam keadaan bersih.


4. Gosok gigi dua kali sehari dengan ubat gigi berfluorida

Gigi pertama sudah tumbuh ibu perlu mengosok gigi bayi dua kali sehari dengan ubat gigi yang mengandungi florida. Hanya sebesar butir beras sahaja ibu jangan terlalu banyak. Mengosok gigi diwaktu malam seeloknya selepas makan. 

Jangan sesekali membiarkan bayi tidur dengan makanan atau susu di mulutnya, ianya boleh menyebabkan kerosakan gigi.

5. Bayi akan menolong dari digosok

Ia ibu jangan pelik jika anak ibu marah atau menolak jika ibu ingin mengosok gigi mereka. Jangan kerana mereka menolak ibu terus tidak mengosok gigi mereka. Ibu harus terus mengawasi dan menolong anak kecil menggosok gigi sehingga mereka berumur sekitar 7 atau 8 tahun.

6. Bawa berjumpa dengan doktor gigi

Berjumpa doktor gigi bukan disaat gigi rosak sahaja ibu.Waktu gigi pertama bayi tumbuh juga ibu boleh berjumpa dengan doktor gigi. Ajar anak dari kecil untuk memeriksa gigi mereka. Biar anak tahu berjumpa doktor gigi adalah sesuatu yang biasa dan hanya rawatan biasa sahaja. 


ChubbyBitsy's Blog . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates