17 September 2020




Teether biasanya digunakan bila bayi mula nak tumbuh gigi. Bagi bayi selesa dikala gigi ingin tumbuh. Waktu ni ibu pasti perasan yang bayi suka memasukan barang ke dalam mulut mereka. Ini kerana fasa perkembangan kawasan otot mulut dan kawasan pencernaan.

Bila tiba-tiba bayi memasukan sesuatu ke dalam mulut tanda gigi nak tumbuh. Biasanya pada usia enam bulan, bagian gusinya terasa gatal dan selalu ingin menggigit benda.

Tentu sebagai ibu akan membuat anak rasa lebih selesa, salah satunya memberi teether. Dengan mengigit teether maka si kecil tidak akan mengigit orang atau memasukan sesuatu dalam mulutnya.  Bila anak mengunakan teether seeloknya ibu perlu perhatikan lagi-lagi kalau baru memula mengunakan.

1. Memberi teether yang sesuai fungsinya.

Ibu boleh memberikan anak teether yang berbeza dalam 3 atau 4 jenis. Ini boleh mengurangkan kebosanan bayi dan juga memberi manfaat yang berbeza pada fasa pertumbuhan gigi bayi. 

Pastikan sebelum membeli ibu semak 3 perkara iaitu:
  • Pilih teether yang bebas BPA (BPA Free)
  • Sesuai dengan usia dan perkembangan gigi bayi.
  • Perhatikan isi kandungan teether 

2. Pengawasan dalam mengunakan teether

Bila masuk usia 4-6 bulan bayi mula mendapat gigi susu pertama mereka. Jadi pasti ibu akan membeli teether untuk memberi keselesaan pada bayi ibu. Dengan mengunakan teether sebagai alat bantu merangsang pertumbuhan gigi, pastikan ibu mengawasi semasa mereka mengunakannya. 

Tujuan nya agat teether digunakan sesuai dengan fungsinya dan apabila teether jatuh ke lantai ibu boleh terus mencucinya dahulu. 

3. Jangan mengunakan teether terlalu lama

Masa gigi tumbuh bayi akan mula merengek jadi dengan mengigit teether akan membuatkan bayi ralit. Namun pengunaan teether secara berlebihan juga tidak elok. 
 
Mengunakan teether yang terlalu lama akan menyebabkan kesan buruk ,contoh bila bayi selalu mengunakan dan mengigit. Ianya akan menyebabkan teether itu lembab dan mudah menyerap kotoran dan bakteria menimbulkan risiko kesihatan bayi. Pastikan bayi mengunakannya dalam masa 10-15 minit setiap pengunaan. 

4. Teether wajib dibersihkan

Kuman dan semua jenis kekotoran boleh masuk pada mainan bayi termasuk teether. Jadi bila pertama kali ibu membeli teether pastikan dicuci terlebih dahulu. Pengunaan hari seterusnya juga harus dibersihkan secara rutin. Salah satu cara rendam teether ke dalam air panas selama 30 minit. Kemudian keringkan teether dengan kain yang benar-benar kering dah bersih. 






5. Simpan teether dengan baik

Bila teether tidak digunakan pastikan ibu menyimpan di tempat yangk kurang risiko pembiakan bateria. ibu boleh menyimpan teether ke dalam bekas yang bersih dan simpan di dalam peti sejuk. Teether yang sejuk boleh mengurakan rasa gatal dan ngilu pada gusi bayi. 

ChubbyBitsy's Blog . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates