26 August 2020


Ketika anak ibu masuk usia 9 bulan, anak ibu mula menunjukkan pelbagai keperibadian, dari kedegilan hingga kebahagiaan. Pada usia ini, bayi ibu belajar tentang dunia di sekitar mereka dan tentang diri mereka melalui penjelajahan yang diterokai, jadi beri anak ibu ruang bagi membiarkan keperibadian itu bersinar. 

Kadang-kadang ibu perlu meletakkan anak di kawasan yang selamat seperti ruang tamu , tempat bermain atau di luar bagi bayi ibu boleh menerokai isi hati mereka, atau mengeluarkan beberapa mainan kegemaran untuk mereka temui. Mana barang yang ibu rasa berbahaya boleh letakkan di kawasan yang tidak boleh bayi ibu capai.

Tips on Nurturing Your Child's Curiosity • ZERO TO THREE

Sebenarnya bayi dapat memahami maksud 'TIDAK' walaupun pada usia muda ini. Dan walaupun mereka mungkin belum sepenuhnya memahami bahasa itu dengan kata-kata, si kecil ibu pasti akan memahami keseluruhan bahasa tubuh dan ekspresi wajah ibu apabila mengatakannya. 

Jangan takut untuk mengatakan 'tidak' atau 'jangan' jika bayi ibu mendekati sesuatu yang boleh menyakitkan mereka.Sememangnya kadang-kadang mereka tidak mengendahkan larang ibu. 

Untuk mendisplinkan anak bukanlah sesuatu perkara mudah namun perlu bermula pada usia masih bayi. Bayi kecil ibarat span yang akan menyerap segala didepan mereka. 

Apabila anak ibu semakin aktif, mungkin lebih sukar untuk melakukan aktiviti di sekitar rumah, seperti membersihkan atau bekerja di komputer. Sekiranya anak ibu masih bertoleransi, ibu akan tenang  memakaikan bayi didalam kendongan sehingga ibu sudah menyelesaikan kerja asas rumah.

Sebilangan besar bayi masih suka berada dekat dengan ibu pada usia ini dan ini memudahkan ibu untuk mengetahui dengan tepat di mana mereka berada dan dapat menjauhkan diri dari masalah.

Antara pencapaian yang anak 9 bulan lakukan ialah: 

  • Bergerak dari posisi meniarap kepada duduk
  • Menarik badan  ke posisi berdiri menggunakan perabot
  • Merayap atau merangkak 
  • Meniti dengan mengunakan perabot
  • Berdiri tanpa dibantu
  • Berjalan atau mengambil langkah
  • Pandai mengambil makanan mereka sendiri
  • Meniru perkataan 
  • Pandai melambai
  • Boleh melihat warna dengan baik 
  • Memilih makanan yang disukai dan yang tidak digemari
  • Menunjukkan rasa ingin tahu
  • Meneroka cara melakukan atau mengunakan
  • Meragam bila di tinggalkan 
  • Suka membuka dan menutup barang


ChubbyBitsy's Blog . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates