25 August 2020

Bila anak ibu  8 bulan kemungkinan besar mereka bayi kecil yang sibuk kerana mereka gemar meneroka, merangkak, dan menjelajahi dunia. Belum lagi part memasukkan semuanya ke dalam mulut mereka,boleh bertambah stress ibu sebab kena lebih berhati-hati. 

Otak si kecil ibu sekarang seperti span yang menyerap segala yang di dengar dan apa yang dinampak, jadi ibu boleh sesama membuat eksperime. Antaranya zikir sambil mengoyangkan kepala anak juga akan mengikut tingkah laku ibu. Anak juga belajar melalui kata-kata pada usia kecil, jadikan habit berbual dengan bayi, membaca , berzikir atau menyanyi.

Tumbesaran bayi
Berat purata bagi bayi lelaki berusia 8 bulan adalah 7kg hingga 10kg, sementara bayi perempuan rata-rata sekitar 6kg hingga 9 kg. Bayi lelaki pada usia ini biasanya 70cm panjang dan bayi perempuan lebih dekat dengan 68cm



Perkembangan tumbesaran

Badan :

  • Boleh menukar objek dari satu tangan ke tangan yang lain.
  • Boleh meniarap dan terlentang dengan mudah
  • Duduk tanpa sokongan 
  • Melompat ketika dalam keadaan berdiri 
  • Berat lebih banyak pada kaki 
  • Bergoyang-goyang ketika merangkak 
  • Mungkin mula mengundur ke belakang 
  • Cuba merangkak atau sudah boleh merangkak 
  • Cuba berdiri menggunakan perabot
  • Menggunakan genggaman menyapu (menggesek objek dengan jari terbuka) yang berkembang menjadi genggaman pincher (menggunakan jari penunjuk dan ibu jari) dari masa ke masa 
  • Melihat seberang bilik dengan baik (penglihatan menghampiri orang dewasa) 
  • Pukul mainan, seperti blok
  • Otak :

  • Membuat bunyi tertentu dengan emosi, seperti suara gembira atau kecewa.
  • Memberi tindak balas ketika bercakap dan mengeluarkan suara.
  • Mengecam wajah yang dikenali.
  • Memberi tindak balas jika seseorang itu orang asing (dengan ketakutan, menangis, atau menghubungi pengasuh) 
  • Suka melihat cermin.
  • I see you: clever mirror play for baby | Mum's Grapevine 

  • Mula membunyikan bunyi vokal bersama ketika "bercakap", seperti "eh, oh, dan ah"
  • Memberi respons kepada nama
  • Bunyi konsonan babbles, seperti "m" atau "b"
  • Memberi tindak balas kepada emosi lain dengan kesedihan atau kebahagiaan
  • Belajar tentang dunia melalui rasa dan sentuhan
  • Memerhatikan objek yang mereka mahukan di seberang bilik
  • Memahami kata dasar
  • Memahami konsep "sebab-akibat"
  •  

    Perkara yang perlu diambil perhatian

    Walaupun setiap bayi melalui perkembang dengan cara yang berbeza, jika anak kecil ibu menunjukkan tanda-tanda atau gejala berikut, pastikan ibu bercakap dengan doktor mengenai anak:

    • Tidak berusaha dan tidak kisah pada barang sekelilingnya 
    •  Tidak memberi tindak balas pada bunyi 
    •  Tidak membalas kasih sayang pada ibu 
    •  Tidak memasukan objek ke dalam mulut 
    •  Tidak mengeluarkan suara 
    •  Tidak boleh berguling dari posisi meniarap ke terlentang dan sebaliknya 
    •  Tidak ketawa dan membuat suara gembira 
    •  Nampak kaku dan tidak mudah mengerakkan kepala 
    •  Tidak bertambah berat badan 

    Mendapat nasihat doktor adalah jalan yang terbaik daripada bertanyakan pada ibu lain. Setiap anak berbeza. Jangan mudah mendengar cakap orang.  




    ChubbyBitsy's Blog . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates