29 August 2020

Masuk je 11 bulan ibu mulalah dah merancang macam mana nak sambut hari lahir anak yang ke setahun bulan depan. Ke ada yang dah merancang lebih awal lagi? Biasalah benda macam ni selalu memang ibu yang terlebih teruja.

Makin besar bayi ibu makin pelbagai ragam yang ditunjukkan makin menghiburkan ibu dan ayah dengan telatah mereka. Bila dah masuk 11 bulan perkembangan bayi pun akan berubah sedikit demi sedikit. Makin meningkat usia bayi makin lasak mereka. Jadi waktu ini ibu kena belajar konsep tenang dan bersabar.

Waktu bayi sudah masuk 11 bulan ibu boleh buat perancangan yang lain selain rutin biasa ibu lakukan setiap hari. Boleh bawa anak menerokai taman tema atau tempat yang ibu rasa sesuai untuk dibawa. Ianya akan menjadi keseronokan pada bayi walaupun bayi masih kecil.



Berikut adalah beberapa perkembangan fizikal tumbesaran bayi ibu: 

  • Memanjat
  • Berdiri tanpa dibantu
  • Berjalan atau  mengambil langkah
  • Boleh tunjuk tepat dan pergi ke barang yang mereka nak
  • Ambil makanan dengan jari dan makan sendiri
  • Babbles dan meniru perkataan
  • Boleh melambai "bye-bye"
  • Mula mengucapkan kata-kata sederhana seperti "Mama" dan "Dada"
  • Berguling dari belakang ke depan dan depan ke belakang
  • Boleh mengetuk barang permainan, cawan, atau mangkuk
Sekiranya anak kecil ibu belum cuba merangkak, tidak dapat duduk sendiri, dan nampaknya tidak bertindak balas terhadap ibu atau cuba berinteraksi dengan ibu, pastikan ibu bercakap dengan pakar pediatrik anak.


ChubbyBitsy's Blog . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates