27 August 2020




Pejam celik pejam celik tinggal lagi 2 bulan je bayi ibu nak masuk setahunkan. Alahai kejap betul masa berlalu. Kadang-kadang rasa rindu pula masa mereka kecil lagi. Bila dah masuk 10 bulan, biasanya banyak titik perubahan bagi bayi ketika mereka mencapai kemajuan dalam perkembangan baru seperti berdiri, menimbunkan barang, dan cuba untuk  makan sendiri. Anak kecil ibu setiap hari membawa banyak perkara baru dan menarik untuk dipelajari dan ianya teletah yang membuatkan ibu dan ayah tergelak melihatnya. 

Bermain bukan hanya untuk mengembirakan bayi sahaja namun ianya salah satu proses pelajaran untuk bayi ibu. Bayi ibu akan belajar banyak dari pada bermain. Apa yang mereka lihat dari persekitaran, kemahiran fizikal dan bagaimana meluahkan kasih sayang.

Andai ibu meletakkan anak di rumah pengasuh, pastikan ibu bertanya apakah aktiviti dan permainan yang mereka akan lakukan bersama anak kecil. Jika ibu menjaga sendiri ibu boleh lakukan permainan ini bersama anak dirumah dan jadikan ia rutin harian buat anak.

Antara mainan yang ibu boleh lakukan:

  • Main sorok-sorok atau boom boom cak.
  • Menyusun blok warna 
  • Bermain dengan anak seperti mengangkat telefon
  • Menyanyi lagu kanak-kanak
  • Membaling bola perlahan-lahan
Jika ibu menjaga anak sendiri pastikan ambil masa untuk 'me time'. Ianya perlu untuk ibu menjaga diri dan memastikan kesihatan mental, fizikal dan emosi terjaga. Anak cerdas ibu sihat. 





ChubbyBitsy's Blog . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates