02 July 2020



Bila waktu nurse suruh pilih nak guna perancang jenis apa tentu ibu-ibu buntu nak mengunakan perancang jenis apakan. Nak cucuk ke, nak pil ke dan yang lain. 
Jom hari ni nak cerita sikit pasal perancang jenis pil. Perancang jenis pil ni pun ada pelbagai jenis ye ibu, bukan satu jenis je. Bukan jenis je berbeza jenama pun pelbagai jenis yang ada di pasaran.
Ada orang cakap jika pasangan itu aktif dalam perhubungan seksual lebih baik mengunakan perancang jenis pil. Namun mengunakan pil pastikan ibu makan ikut jadual ditetapkan. 
Pil perancang kehamilan, lebih dikenali sebagai pil kontraseptif oral adalah ubat-ubatan yang diambil untuk mengelakkan kehamilan. Ianya proses untuk menghalang kehamilan. Meh ibu kenal pasti tentang pil perancang. 

  • Pil monophastic: Ia digunakan dalam kitaran sebulan dan setiap pil yang aktif memberi dos hormon yang sama. Dalam minggu terakhir kitaran tersebut, anda perlu mengambil pil tidak aktif dan menjalani haid.
  • Pil multiphasic: Pil ini digunakan dalam kitaran sebulan dan membekalkan tahap hormon yang berbeza sewaktu kitarannya. Dalam minggu terakhir kitaran, anda mengambil pil tidak aktif dan mengalami haid.
  • Pil Extended Cycle: Pil ini biasanya digunakan dalam kitaran 12 minggu. Anda mengambil pil aktif selama 12 minggu dan sewaktu minggu terakhir anda mengambil pil tidak aktif dan mengalami haid. Hasilnya, anda hanya menjalani haid sebanyak 3 hingga 4 kali dalam setahun.
Antara jenama pil kombinasi termasuklah:
  • Azurette
  • Beyaz
  • Enpresse
  • Estrostep Fe
  • Kariva
  • Levora
  • Loestrin
  • Natazia
  • Ocella
  • Low-Ogestrel
  • Ortho-Novum
  • Ortho Tri-Cyclen
  • Seasonale
  • Seasonique
  • Velivet
  • Yasmin
  • Yaz

2. Pil Progestin Sahaja (Progestin-only pills)

Pil progestin sahaja mengandungi progestin tanpa tambahan estrogen. Jenis pil ini turut digelar sebagai pil mini (minipill). Pil progestin sahaja mungkin merupakan pilihan terbaik bagi wanita yang tidak boleh mengambil estrogen atas masalah kesihatan lain. Semua pil progestin sahaja adalah aktif dalam kitaran. Tiada pil tidak aktif, jadi anda mungkin akan mengalami atau tidak mengalami haid sewaktu pengambilannya.
Contoh pil progestin sahaja termasuklah:
  • Camila
  • Errin
  • Heather
  • Jencycla
  • Nor-QD
  • Ortho Micronor

Mesti ibu tertanya-tanya bagaimanakah pil perancang ini berfungsi? Kedua jenis ini lain fungsinya: 

  • Pil kombinasi bekerja dengan dua cara. Pertama, ia menghalang badan anda daripada ovulasi. Maksudnya, ovari anda tidak mengeluarkan telur pada setiap bulan. Kedua, pil ini menebalkan lendir serviks anda. Lendir serviks ini berfungsi untuk membantu sperma memasuki rahim supaya ia boleh mensenyawakan telur. Lendir yang menebal mengelakkan sperma daripada mencecah rahim anda.
  • Pil progestin sahaja juga bekerja dalam pelbagai cara. Secara umum, ia berfungsi dengan menebalkan lendir serviks dengan menipiskan endometrium anda. Endometrium adalah lapisan di dinding rahim di mana terletaknya telur yang telah disenyawakan. Sekiranya lapisan ini semakin nipis, telur akan lebih sukar untuk melekat padanya secara tidak langsung menghalang kehamilan. Sebagai tambahan, pil progestin sahaja turut menghalang ovulasi.

Jadi macam mana ibu nak tahu pil perancang mana yang sesuai buat ibu bukan, Seeloknya untuk mengetahui pil mana yang baik untuk ibu berbincanglah dengan doktor. Faktor yang boleh mempengaruhi pilihan anda termasuklah:
  • Simptom menstruasi anda
  • Sekiranya anda menyusu bayi
  • Kesihatan kardiovaskular anda
  • Keadaan kesihatan kronik lain
  • Ubat-ubatan lain yang diambil
Jadi sebelum nak mengunakan pil perancang lebih baik merujuk dan berbincang dengan nurse atau doktor. Ianya lebih baik daripada kita memandai-mandai.

ChubbyBitsy's Blog . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates