08 July 2020

Bayi masuk 6 bulan adalah perkara yang dinanti oleh ibu sebab waktu ni ibu dah boleh beri makanan pejal pada bayi. 

Namun perlu diingatkan, sebelum memperkenalkan makanan pejal, bayi mesti mempunyai kesediaan untuk mencubanya. Tanda-tanda bayi bersedia untuk makanan pejal, kepala bayi tegak tidak lembek, duduk dengan baik tanpa sokongan, dapat memindahkan makanan ke bahagian belakang mulutnya, dan menelan makanan dengan betul. 

Walaupun bayi berusia 6 bulan dapat makan makanan pejal, mereka mesti terus minum susu ibu atau susu formula sebagai sumber pemakanan utama mereka. Susu ibu atau formula masih dapat memberikan cecair yang mencukupi untuk tetap terhidrat.

Dalam memberikan jenis dan tekstur makanan pejal yang tepat, ibu mesti menyesuaikannya dengan perkembangan bayi. Ibu juga perlu melihat apakah bayi sudah bersedia untuk makan makanan pelengkap. Bukan semata-mata keterujaan ibu sahaja.

Sebenanrnya bayi boleh diberi makan makanan pejal pada usia empat bulan,namun kebanyakan pakar mengesyorkan menunggu sehingga dia berusia enam bulan. Kenapa?

Berdasarkan penyelidikan yang dibuat oleh pakar, bayi yang mendapat susu badan eksklusif sehingga enam bulan mempunyai risiko yang lebih rendah untuk menderita alergi, diabetes, dan kegemukan.

Menyediakan makanan pejal untuk bayi yang nasih kecil jangan ikut dan saja ibu. Ada cara yang mesti dipertimbangkan dan dipenuhi. Antaranya:


  • Tekstur Makanan

Untuk pertama kali makan, bayi harus diberi hanya satu jenis makanan. Makanan ini mestilah dibuat puri dengan tekstur yang agak berair. Seperti bubur,puri buah atau sayur.

Selepas beberapa minggu dan anak anda sudah terbiasa makan, tekstur puri boleh dibagi lebih likat dari sebelum ini. Terus meningkatkan ketumpatan makanan apabila kemahiran makan bayi meningkat.

Tekstur makanan sangat penting untuk bayi usia 6 bulan


  • Gula dan garam

Brokoli, labu, kentang, pir, epal, bahkan ayam puri boleh menjadi pilihan. Tetapi ingat, puri bayi harus dibuat tanpa penambahan garam dan gula.


  • Jenis makanan yang rendah risiko alahan

Ibu juga harus memilih ramuan untuk makanan bayi berusia 6 bulan yang berisiko rendah menyebabkan alergi. Beri satu jenis makanan terlebih dahulu untuk beberapa kali dan juga perhatikan perubahan pada bayi.

Sekiranya bayi dapat menerima makanan itu dan tidak mengalami reaksi alergi, ia selamat. Ibu  boleh mula memperkenalkan jenis makanan lain satu demi satu.


  • Kuantiti makanan

Di awal permulaan makanan pejal, cuba bagi satu atau dua sudu besar dahulu. Makanan boleh diberikan setelah bayi menyusu. Ianya kerana susu tetap makanan utama mereka bukan makanan pejal.



  • Kekerapan makan

Memula bagi sekali sehari sahaja. Tidak mengapa jika bayi tidak dapat makan banyak. Bayi juga memerlukan masa untuk membiasakan diri dengan tekstur makanan di mulutnya dan belajar menelannya terlebih dahulu.

Lama kelamaan, bayi anda akan dapat makan lebih banyak dengan jadual makan dua kali sehari. Pada usia 8 hingga 9 bulan, bayi biasanya dapat makan tiga kali sehari.


  • Tanda bayi sudah kenyang 

Selera makan setiap bayi berbeza dan boleh berubah. Jadi, tidak perlu terlalu tegas dalam mengikuti dos berapa kalori atau berapa sudu makanan bayi selama 6 bulan yang harus diberikan kepada si Kecil. Antara reaksi bayi menunjukan mereka kenyang dengan:

  1. Duduk bersandar di kerusi
  2. Memaling muka bila nak disuap
  3. Tidak membuka mulut lagi walaupun makanan dalam mulutnya sudah ditelan

Tidak perlu panik jika bayi tidak dapat makan banyak, asalkan berat badannya masih normal dan sesuai dengan usianya itu sudah memadai. Hanya menikmati perkembangan bayi ibu yang menakjubkan.






ChubbyBitsy's Blog . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates