03 July 2020

Di usia bayi menginjak 2 bulan pasti ibu dan ayah semakin mahir nak mengendalikan si manja bukan. Waktu bersama si manja pasti akan menyeronokan bagi ibu dan ayah. Banya perkara baru yang ibu akan perasan bila masuk usia 2 bulan.  Bahkan di usia 2 bulan bayi sudah pandai tersenyum lebar dan mengeluarkan suara-suara yang uni bagi ibu dan ayah. 

Ibu juga akan perasan akan ada penambahan atau kekerepan bila bayi minum susu, tidak kira sama ada susu badan atau susu formula. Bayi juga akan tidur dalam masa 15-16 jam sehari. Oh bukan sekali tidur tau ibu, ianya akan bangun dan tidur lepas menyusu atau tukar lampin.

Pola tidur juga akan berubah, kadang-kadang ada jenis bayi siang tidur malam berjaga. Wah waktu ini memang agak meletihkan buat ibu dan ayah.

Antara perkembangan lain pula:


  • Berat dan tinggi meningkat 
    Waktu ini ibu akan perasaan bayi nampak gemuk dan debab. Geram sangat bila tengok bukan. Kebiasaan bayi perempuan akan naik sebanyak 5kg dan tinggi 58cm. Manakala bayi lelaki akan naik sebanyak 5.5kg dan tinggi 59cm. Namun diingatkan ibu setiap bayi memiliki berat dan tinggi yang berbeza. Ianya tengok juga pada baka keluarga dan sejarah kesihatan.
  • Pandai kontrol pergerakan
    Bayi mula pandai menahan kepalanya lebih tegak bila duduk meniarap atau digendong secara menegak. Usia 2 bulan juga bayi mempunyai refleks menghisap lebih kuat berbanding usia 1 bulan.

    Perasan tak ibu ketika usia 2 bulan bayi pandai menghisap ibu jari tangannya, ianya adalah cara bayi ingin menenangkan diri.

    Pada usia ini bayi masih tidak selaras untuk diberi alat mainan.
     Bayi akan memegang sebentar mainan yang diberikan untuk mengetuknya seketika.
  • Pandangan lebih jelas
    Sebelum ini pandangan bayi agak sedikit kabur , namun di usia 2 bulan bayi mula nampak orang atau benda dalam jarak 45cm. Bayi boleh melihat ibu dengan cukup baik ketika menyusu.

    Penglihatan bayi pun akan dapat mengikuti gerakan ibu saat berjalan di dekatnya. Selain itu, pendengaran bayi berusia 2 bulan juga meningkat, dan senang mendengar suara ibu.
  • Mengeluarkan suara yang unikSama seperti bayi berusia 1 bulan, kemampuan komunikasi bayi 2 bulan juga sebagian besar masih berupa tangisan. Namun, ibu mungkin sesekali mendengar bayi menggeram, mendengus, atau mengeluarkan suara lain.

    Bayi juga dapat mengenali wajah dan suara ibu dengan memberi respons tersenyum. Ajaklah bayi bercakap untuk mulai membentuk kata-kata pertama yang akan diucapkannya dalam beberapa bulan kemudian.
beberapa permainan dan aktiviti dimana... - Stroller & Swing leaf ...

Waktu ini ibu dah boleh bayi ibu untuk bermain bersama. Seperti berbual dengan mereka, membuat senaman ringan pada mereka dan bermacam lagilah. 



ChubbyBitsy's Blog . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates