03 July 2020



Selepas melahirkan anak, pasti hari ibu berbeza tidak seperti hari sebelum ni. Melihat anak membesar dengan sihat pasti ianya pengalaman yang sangat bermakna buat ibu. Betul tak ibu?

Mesti ibu juga tertanya-tanya apakah perkembangan anak sudah masuk sebulan. Setiap bayi ni perkembangan pembesaran mereka mungkin tidak sama, namun ibu jangan la takut kalau ada bayi yang terlalu cepat atau terlalu lambat. 

Antara perkembangan lain:

Komunikasi :
Bila bayi masuk sebulan ibu akan perasan yang bayi mengeluarkan suara mereka seperti ingin berborak. Bila dibalas makin rancak mereka mengeluarkan suara mereka. Bayi tidaklah mengeluarkan suara seperti bercakap ianya hanya mengeluarkan suara seperti aaar arr. Namun bukan suara tangisan ye ibu. 


Pergerakan :
Waktu ini bayi dah boleh mengempalkan penumbuknya dengan kuat. Lengan dan kaki bayi boleh bergerak mengikut rentak. Ada juga sesetengah bayi boleh mengangkat kepala mereka bila diletakkan dalam keadaan meniarap.

Kebolehan sosial dan emosi :
Saat ini bayi mula mengenali suara ibu mereka. Apabila marah atau tidak selesa, bayi akan bertindak balas ketika dia dipeluk, bercakap dengan, atau dinyanyikan. Perasan tak ibu, bila ibu buat suara lucuh atau bunyi yang pelik mereka akan tersenyum kegembiraan.

Kognitif :
Pada waktu ini bayi boleh melihat benda-benda yang diletakkan di hadapan muka mereka. Lagi-lagi dengan benda yang berwarna cerah. Bayi juga akan memandang tempat yang mereka mendengar suara.

Perkembangan bayi 1 bulan - Panduan lengkap milestone untuk ...

Inilah antara perkembangan bayi masa umur sebulan. Ibu sendiri boleh menilai perkembangan bayi ibu. Diwaktu usia sebulan ibu dan ayah perlu segera berjumpa doktor sekiranya:

  • Mata kelihatan juling
  • Tidak bertindak balas ketika dipanggil atau ketika bercakap dengannya.
  • Hanya boleh mengerakkan satu bahagian badannya.
Ianya hanyalah untuk pemeriksaan sahaja. Ibu tidak perlu terlalu bimbang. Perkembangan setiap anak tidak sama seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini.


ChubbyBitsy's Blog . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates