03 July 2020



Mempunyai anak yang membesar dengan cepat , aktif dan perkembangan yang baik sememangnya impian ibu ayah. Walaupun perkembangan setiap anak itu berbeza, ibu boleh melakukan hal-hal untuk mendorong perkembangan bayi. 


Antaranya: 
  • Luangkan seberapa banyak masa untuk membaca, bernyanyi, dan berbual dengan bayi. Bayi pun akan terbiasa dengan suara dan kata-kata yang ibu ucapkan membuatkan bayi ibu dapat menguasai bahasa yang ibu gunakan.
  • Selalulah tersenyum pada bayi , walaupun ianya nampak remeh ianya membantu bayi rasa bahagia dan gembira.
  • Biasakan bayi melakukan tummy time untuk menguatkan leher dan tubuh bagian atasnya. Ini dapat membantu mengembangkan otot yang membolehkan untuk duduk dan merangkak nanti.

    Life is beautiful..: Baby perlukan massage (teknik urutan bayi)
  • Beri bayi mainan plastik yang selamat untuk anak seusianya. Biarkan bayi melihat, dan merasakan mainan yang memiliki design unik dengan warna yang cerah untuk mendorong keaktifannya.
Ada juga sebahagian bayi akan mengalami perkembangan yang agak lambat. Hal ini disebabkan oleh kondisi tertentu atau masalah kesihatan. Segera berjumpa doktor jika bayi berusia 2 bulan mengalami hal berikut:
  • Tidak tersenyum di usia 8 minggu
  • Terus menangis walaupun sudah menenangkan
  • Satu sisi tubuhnya lebih kuat dari yang lain
  • Tangannya masih terkepal dengan erat dan tidak dapat membukanya
  • Suara yang muncul tiba-tiba tidak mengejutkan bayi
  • Tidak menyusu dengan benar
  • Badan bayi kaku.

ChubbyBitsy's Blog . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates