16 July 2020

Cara nak atasi sembelit bukan hanya dengan ubat-ubatan sahaja ibu. Kadang nak guna ubat-ubatan pada anak pun tak berapa nak sanggup tengokkan ibu? Antara kaedah tanpa ubat ibu juga boleh mencuba memberi makanan yang kaya serat dan vitamin yang membantu menyihatkan proses pencernaan bayi. 

Sembelit ini bukan hanya menyebabkan bayi susah nak membuang ianya juga membuatkan bayi kurang selesa. Ini menyebabkan bayi ibu akan meragam.

Sebab itu pemberian makanan pada bayi perlu lebih peka supaya proses pencernaan bayi teratur sahaja. Jom kita kenali makanan yang boleh mengatasi sembelit. Tapi ingat ye ibu, makanan hanya boleh diberikan bila bayi bersedia atau berusia 6 bulan. 

Antara buah dan sayuran yang tinggi serat ialah:

  1. Buah Pear
    Selain dari kaya dengan serat, pear juga kaya dengan vitamin C yang baik untuk kesihatan bayi. Satu biji buah Pear mengandung 5gram serat. Buah ini dapat membantu menjadikan najis lebih lembut dan memudahkan bayi untuk membuang.

    7 Manfaat Makan Pir Setiap Hari - Health Liputan6.com
  2. Brokoli
    Brokilo mengandungi banyak serat yang bagus untuk mengatasi sembelit. Ingat brokoli tidak boleh terlalu masak ini kerana akan merosakan nutrisi seratnya. Brokoli boleh direbus, dikukus atau dipanggang untuk menjaga nutrisinya.
  3. Lobak Merah
    Lobak mentah terdapat sumber serat yang bagus untuk 
    meningkatkan aktiviti usus yang sihat. Boleh buat finger food untuk bayi. Atau disagatkan halus-halus tanpa dimasak supaya seratnya tidak hilang.
  4. Kacang Buncis
    Kacang buncis tidak hanya kaya dengan serat sahaja, ianya juga kaya dengan kandungan protien dan zat besi.
    Shop Online Kacang Buncis 500g - Kedai Matdespatch
  5. Whole wheat
    Gandum penuh terdapat banyak manfaat pada bayi, serta seratnya yang elok untuk sistem pencernaan bayi. Gandum penuh juga mempunyai mineral dan vitamin yang sangat bagus buat bayi.
  6. Avocado
    Atau nama lain dipanggil alpukat. Macam pelikkan dengar sebab lidah dah kampung dah biasa sebut avocado. Avocado mempunyai serat yang cukup tinggi hingga boleh membantu melancarkan najis. Buah avocado juga merupakan sumber potasium , folat, vitamin E dan lemak sihat. Ianya elok diamalkan oleh orang dewasa dan bayi.
  7. Betik
    Ianya memang dari dulu dikenali buah yang sangat melancarkan pencernaan baik buat orang dewasa serta bayi juga. Betik juga kaya dengan Vitamin A. Hidangkan sejuk-sejuk buat anak pasti mereka menyukainya.
  8. Beras perang
    Ada setengah bayi tidak boleh menerima beras putih akan menyebabkan mereka sembelit. Jadi ibu boleh bertukar pada beras perang. Beras perang sangat bagus untuk sistem pencernaan. Kandungan gulanya juga lebih rendah dari beras putih. 
Jadi bila dah tahu makanan yang banyak serat, ibu tidak lagi bimbang nak sediakan apa bila anak sembelit. Masukan saja menu diatas dalam pemakanan harian bayi. 

ChubbyBitsy's Blog . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates