16 July 2020



Bila anak kecil sembelit ibu mana yang tak risau bukan. Macam-macam fikir kenapa sembelit. Salah makan ke? Salah bancuhan susu ke? Lagilah anak kecil yang tak tahu nak mengadu. Aduh lemah jantung ibu. 

Jom ibu ambil tahu antara punca kenapa anak sembelit. 

Antara tanda bayi itu sembelit,salah satu benda paling ketara jadual membuang bayi. Jika anak ibu jenis yang mudah membuang dan membuang tiap hari, bila bayi tidak mmbuang pada waktu mereka biasa membuang selalunya akan mengalami sembelit. 
TANDA-TANDA BAYI SEMBELIT
  • Najis akan menjadi pepejal atau keras tidak seperti najis yang biasa.
  • Kelihatan anak seperti meneran, berusaha sekuat boleh untuk mengeluarkan najis.
  • Terdapat darah pada najis, berkemungkinan kesan tindakan meneran sehingga mencederakan duburnya.
  • Perut menjadi keras dan kembung.
CARA MERAWAT BAYI SEMBELIT MELALUI PEMAKANAN:
  1. PENGAMBILAN SUSU
Selalunya bayi yang mengalami sembelit ini kebanyakan bayi yang minum susu formula. Jarang sangat berlaku bayi yang minum susu ibu akan mengalami sembelit. 

Jadi jika bayi minum susu formula ibu boleh mencuba untuk mengurangkan 1 skop susu atau menambah sedikit ml air dalam bancuhan. Jika masih tidak sesuai, boleh merujuk kepada doktor atau pakar kesihatan untuk mendapatkan nasihat dan saranan.


    2. MAKANAN TINGGI SERAT
Jika bayi sudah berusia 6 bulan keatas, pastikan ibu pantau apakah pemakanan yang ibu berikan pada anda. Antara cadangan yang banyak membantu bayi mengatasi masalah sembelit adalah dengan memberikan makanan mempunyai kandungan serat yang tinggi seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. 

Ibu bapa disyorkan untuk menyediakan makanan yang berbentuk puri iaitu makanan yang diproses menjadi lembut seperti cecair, bagi memudahkan bayi menelan dan hadam.

Antara buah-buahan yang sesuai untuk bayi sembelit seperti epal, prun, pear, pisang, betik dan sebagainya. Buah-buah mempunyai tinggi kandungan serat yang mampu menyihatkan sistem penghadaman usus bayi dan mengatasi masalah sembelit. Ibu-ibu boleh memotong buah menjadi potongan kiub kemudian dikisar bersama sedikit air sehingga berubah tekstur menjadi lembut dan mudah untuk bayi menelan.

    3. AIR YANG MENCUKUPI
Jika bayi mengalami sembelit, antara penyebabnya adalah kerana bayi mengalami kekurangan pelawas dalam usus. Oleh sebab itu, pentingnya merawat bayi sembelit dengan berikan mereka minum air seperti susu atau air minuman biasa. Air yang mencukupi akan memudahkan makanan untuk dihadamkan dan mampu bergerak dalam usus dengan lancar. Air dan susu merupakan cecair yang paling sesuai untuk membantu bayi yang mengalami masalah sembelit.
Disamping itu, ibu bapa boleh mengamalkan kaedah rawatan seperti:

  • Membaringkan bayi dengan kaki berada di atas dan gerakkan kakinya seperti mengayuh basikal. Kelebihan melakukan seperti ini adalah ia dapat merangsang pergerakan najis dalam usus.
  • Setiap kali selepas memandikan bayi anda, sapukan minyak telon di perut, betis, belakang badan dan tapak kaki bayi. Kelebihan melakukan adalah dapat mengelakkan bayi kembung perut, sembelit dan cirit- birit.
Urut untuk sembelit pada bayi: urut perut bayi yang baru lahir ...

ChubbyBitsy's Blog . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates