10 August 2020

Bayi 7 bulan biasanya sudah mula cuba untuk merangkak. Bayi belajar merangkak dengan berusaha menyeimbangkan tangan dan lutut. Dengan cara ini juga untuk menguatkan ototnya untuk dapat berjalan.

Pada usia7 bulan gigi akan mula tumbuh. Jadi waktu ini bayi akan selalu memasukan sesuatu ke dalam mulut kerana rasa kelainan pada gusi mereka. Jadi ibu boleh berikan mainan seperti :


Pada umur 7 bulan kebiasaan bayi juga boleh duduk tanpa bantuan dari ibu. Berat badan bayi normal akan meningkat sekitar 6.7kg hingga 10kg. Berat antara bayi lelaki dan bayi perempuan selalunya tidak sama. 

Pada usia bayi bulan ada lagi beberapa perkara yang mereka boleh capai antaranya:

Keupayaan Motor
Pada usia ini, walaupun kebanyakan bayi akan mula belajar merangkak, ada juga bayi yang berjalan secara langsung dan tidak melalui fasa merangkak. Ada juga bayi yang tidak merangkak ke depan, tetapi ke belakang.

Tapi jangan bimbang ibu, selagi anak ibu masih dapat melakukan pergerakan badannya, baik tangan dan kaki. Sebaiknya elakkan penggunaan baby walker untuk membantu bayi belajar berjalan. Alat ini sebenarnya berisiko menyebabkan kemalangan pada bayi. Selain itu, sebelum dia mulai merangkak secara aktif, pastikan lantai rumah sentiasa bersih dan perhatikan lokasi perabot di rumah dalam keadaan selamat.

Tidak seperti bayi berusia 6 bulan, bayi berusia 7 bulan boleh berpusing dan meluruskan punggungnya agar dapat duduk lebih lama. Dia juga mula dapat mengatur dan mengklasifikasikan mainan ke dalam kategori ukuran kecil atau besar.

Untuk berlatih kemahiran motor, ibu boleh mengajaknya bermain. Letakkan salah satu mainan di lantai, tutup dengan kain. Buka kain sambil berkata dengan ekspresi gembira, "Ini dia!", Kemudian tutup semula dan ulangi. Dia ingin memperhatikan benda-benda yang hilang dan muncul lagi, berulang kali. Selain itu, permainan "Peekaboo" juga dapat membahagiakan 
bayi.

Hide and Seek Games


ChubbyBitsy's Blog . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates