15 July 2020



Teruja yang amat bila anak kecil dah boleh makan kan ibu. Saat yang ibu sangat tunggu-tunggukan. Lagi kesian bila dorang asyik tengok kita makan je.
Jap-jap sebelum nak bagi makan untuk bayi pernah tak ibu tahu tentang '4 days rule'? Eh kenapa perlu tahu pasal '4 days rule' ni? Ianya sebenarnya untuk kita lebih mengetahui apakah penyebab alahan dan sembelit pada bayi kita. 
Jadi bila ibu buat '4 days rule' ni dari situ kita akan tahu makanan apa yang menyebabkan mereka terkena alahan atau sembelit. Jadi di masa akan datang ibu boleh lebih berhati-hati.
Untuk memperkenalkan bayi dengan makanan yang selamat, pakar nutrisi menyarankan kaedah ‘4 days rule’ iaitu kekal pada satu jenis makanan selama 3-4 hari. Maksudnya, bila tiada sebarang alahan, barulah cuba makanan baru selepas tempoh itu.
Contoh yang lebih jelas, bila ibu mula bagi makan brokoli pada hari isnin, jadi ibu akan memberi brokoli sampai hari jumaat. Brokoli semata-mata tanpa tambahan lain. Selepas 4 hari itu jika anak tiada apa-apa masalah alah boleh memberi makanan lain seperti avocado atau lain-lain.

Nak Elak Alahan & Sembelit Bila Bayi Mula Makan, Fahamkan 5 ...
Antara tujuan ‘4 days wait rule’ dibuat untuk mengesan sama ada bayi mempunyai alahan kepada apa-apa jenis makanan secara spesifik. Cara ini juga dapat memudahkan ibu bapa untuk mengesan jenis makanan apa yang membuatkan bayi mengalami masalah penghadaman seperti cirit birit, kembung perut atau sembelit.
Lebih baik lagi jika ibu bapa dapat membuat senarai alahan makanan yang ahli keluarga alami supaya ibu dapat memberi lebih perhatian kepada bayi ketika memberi makanan tersebut buat pertama kalinya.
Sekaligus, ibu bapa boleh amalkan ‘elimination diet’ iaitu mengambil langkah untuk terus menjauhi kumpulan makanan yang mendatangkan kesan negatif pada kesihatan anak contohnya kekacang atau produk tenusu.

Kenal pasti alahan anak anda dan cara mengatasinya! - Famili | mStar

Mesti ibu tertanya-tanya sampai bila nak buat ‘4 days rule’ ni kan. Apabila bayi sudah menjejak usia 9 ke 10 bulan, ibu pasti sudah biasa dengan jenis makanan yang sesuai dan yang perlu dielakkan oleh anak. Maka, kekerapan ‘4 days rule’ boleh dikurangkan melainkan jika anak jenis yang begitu sensitif terhadap makanan.
Dengan cara ini, ibu tidak teragak-agak lagi untuk memberi anak campuran makanan yang tidak memberi sebarang kesan alahan atau masalah penghadaman.
Namun ibu masih perlu ingat makanan yang diberikan pada anak, lebih-lebih lagi jenis makanan yang boleh mengundang kepada alahan seperti makanan laut atau telur.
Boleh rujuk kepada pakar untuk dapatkan maklumat pemakanan yang sesuai dengan keadaan anak.

ChubbyBitsy's Blog . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates