02 June 2020

Prihatin Pada Kelakuan Baik Anak-Anak - Tips Mak Pak

Ibu jangan sesekali lokek nak puji anak ye. Setiap anak memang suka dipuji namun pastikan pujian yang kita bagi ikut tidak menipu atau berpuara-pura. Ibu juga perlu memuji anak sesuai pada prinsip displin positif. 

Jom kami nak share sedikit tips nak memuji anak.

  • SPONTAN
    Pujian haruslah dilakukan secara spontan dalam apa-apa pun keadaan.
    'Bagus anak Mama, walaupun kerja sekolah tu susah tapi Mimi tetap buat sampai habis macam'
  • SPESIFIK
    Bila memuji haruslah spesifik dengan apa yang kita suka. Misalnya anak mewarna jadi puji cara mereka mewarna atau pengunaan ton warna.
  • TIDAK MENYINDIR
    Puji anak secara telus ibu jangan ada skarstik.
  • FOKUS MEMUJI PADA MEREKA SAHAJA
    Jika anak membuat kerja berseorangan ibu perlu memuji mereka sahaja. Fokus pada kepuasan diri anak itu.
  • BUKAN UNTUK DISURUH
    Seeloknya jangan memuji anak ketika menyuruh. Dari memuji boleh tukarkan kepada panggilan manja. 'Sayang mama tolong mama kejap boleh?'
  • PUJI USAHA BUKAN RESULTNYA
    Ini yang selalu terjadi, ibu lebih suka memuji pada hasilnya. Bila kita memuji hasil anak akan payah untuk buat lagi jika hasilnya gagal.

    8 TIPS Mudah Ajar Anak Solat – Mulakan Dari Kecil dan Di Rumah ...

  • TULUS
    Pujian yang dibuat biarlah tulus dari hati. ' Terima kasih anak mama yang baik tolong mama bukan kan pintu'
Bukan susah pun nak puji anak kan ibu. Jadikan lah amalan pada diri kita untuk memuji anak. Tapi ingat memuji anak perlu pada waktu yang betul bukan ikut dan je. Jangan sampai pujian kita akan membuatkan anak menjadi orang yang tidak berdisplin. 


ChubbyBitsy's Blog . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates