04 June 2020

Apakah itu NLP? NLP adalah Neuro Languistic Programme cara mengubah pemikiran dan tingkah laku seseorang untuk membantu mencapai hasil yang diinginkan bagi mereka. Jadi anak lelaki dengan anak perempuan ni berbeza cara mereka menerima.

1) Teknik bercakap dengan anak perempuan & lelaki
  • Bila bercakap dengan anak perempuan, kita bercakap terus muka kepada muka. Itu cara yang terbaik, mata kita pula memandang ke tengah antara kening.  Dekat situlah fokus percakapan yang terbaik. Mungkin anak perempuan ni, lebih dominasi jenis yang visual. Ibu perlu ambil kesempatan untuk melayan anak-anak bercakap jika ada masa terluang. Mungkin banyak anak nak luahkan jadi tak salah sesekali santai minum petang dengan luahan mereka.
  • Bila bercakap dengan anak lelaki pula, lebihkan percakapan kita ke aras telinga kiri mereka. Anak lelaki ni mereka jenis audiotory memang mudah tangkap. InshaAllah, setiap butiran percakapan kita akan masuk dengan baik. Sentiasa bagi kata-kata perangsang. Anak lelaki ni, ada egonya sendiri jadi kadang kala tak salah kita ikutkan ego mereka cuma jangan melebihi batas.

2) Teknik memeluk anak perempuan & lelaki
Image may contain: 6 people, people smiling, text that says "Teknik bercakap dengan anak Teknik memeluk anak"
  • Untuk pelukan pada anak perempuan boleh tengok seperti gambar di atas. Puan rehan tepuk dan gosok-gosok atas belakangnya. Tempat itu di panggil Qalbu iaitu achor pointnya. Bila kita sebagai ibu memeluk sambil mengosok bahagian itu dengan sedikit nasihat. InshaAllah nasihat itu akan anak PASAK dan INGAT sampai bila-bila.
     
  • Untuk anak lelaki pula, anchor pointnya adalah di belakang kepala bahagian atas. Bila pelukan macam ni ibu boleh cakap lebih lama dengan anak.
Jadi ibu boleh gunakan peluang dan ilmu ini. InshaAllah sama-sama kita hasilkan anak-anak yang mendengar kata. Usaha setiap perkara perlu ada. 

Sumber : #RehanSidik 


Helping with Your First Few Steps
:point_right: Web : www.chubbybitsy.com
:point_right: Shopee: www.shopee.com.my/chubbybitsy
:point_right: Facebook: www.facebook.com/chubbybitsy
:point_right: Instagram: www.instagram.com/chubbybitsy
:point_right: Twitter: www.twitter.com/chubbybitsy
:point_right: Dropship: t.me/DSchubbybitsy
:point_right: Affiliate: t.me/affiliatechubbybitsy

ChubbyBitsy's Blog . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates