24 June 2020

Ingin memupuk anak untuk selalu bersyukur sememangnya bukan perkara yang mudah. Lagi-lagi mereka masih belum sepenuhnya memahami bagai mana nak bersyukur. Membesarkan anak-anak yang sentiasa bersyukur  mungkin kelihatan sukar dan seperti cabaran yang besar. Namun tahukan ibu ada beberapa langkah yang boleh ibu lakukan untuk memupuk sifat itu.
  • Memperkenalkan mereka dengan insan yang tidak bernasib baik
Bila ibu temukan anak dengan insan yang kurang bernasib baik daripada kita ia akan membuatkan anak berfikir perbezaan diri mereka dengan yang lain. Tidak mengira siapa, dari mana kita berasal, atau apa sahaja keadaan semasa kita, mungkin ada individu yang mengalami lebih banyak kesulitan dari kita.
Kadangkala,kita perlu temukan dengan orang yang tidak bernasib baik untuk membuka mata anak akan segala kelebihan dan kemewahan dimiliki yang membuatkan mereka bersyukur dengannya.

Thank You Cartoon Stock Vector Illustration And Royalty Free Thank ...
  • Ajar mereka untuk sentiasa mengucapkan rasa syukur
Ia mungkin kelihatan seperti perkara kecil, tetapi nilainya amat besar walaupun ibu hanya mengajar anak-anak ibu untuk mengucapkan terima kasih. Cara mudah ini dapat melahirkan sifat bersyukur dan secara tidak langsung akan dijadikan tabiat oleh anak.
  • Galakkan sifat bersyukur dengan menunjukkannya.
Sebenarnya, tiada apa yang akan mengajar anak-anak ibu untuk memiliki hati yang bersyukur selain diri ibubapa sendiri.
Sekiranya ibu mahu anak-anak mempunyai sifat bersyukur, ibu tidak boleh selalu merungut mengenai perkara-perkara yang ibu tidak mampu atau mengeluh tentang keadaan hidup yang tidak diingini. 
Sebolehnya sebagai ibu bapa haruslah menunjukkan contoh yang baik melalui kata-kata dan tindakan ibu kepada anak-anak. Ini kerana, anak melihat dan meniru setiap tingkahlaku ibu bapa mereka. Hentikan rungutan, sebaliknya jadilah contoh yang baik.

Sumber :Ceria Sihat

ChubbyBitsy's Blog . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates