02 June 2020

Setiap manusia memang tidak lari dari sifat marah. Begitu juga pada anak kecil. Namun apakah biasa yang dilakukan oleh ibu saat anak tengah marah? 

Marah Pada Anak Itu Biasa, Tapi Jadi Luar Biasa Bila Ibu Ayah ...

Adakah menengking anak itu kembali?
Adakah ibu pun sama marah?
Adakah ibu membiarkan sahaja?



Anak kecil tidak akan sengaja marah-marah atau mengamuk tidak tentu hala. Pasti ada sebab kenapa mereka merah atau mengamuk. Jadi sebagai ibu tidak salah untuk kaji balik apa punca kemarahan mereka. Bagaiman kita nak tahu apa yang mereka marahkan, ibu hanya perlu buat beberapa perkara ini ketika anak dalam keadaan marah, antaranya:

  • Dengar lauhan anak dengan penuh perhatian tanpa melakukan sebarang pekerjaan. Pastikan ibu melakukan contact mata dengan anak dan sentuh mereka dengan lembut.
  • Berikan respon dalam satu perkataan seperti 'oh macam tu' , bukan nya nasihat panjang supaya anak bebas meluahkan apa mereka rasa.
  • Bagikan perumpaan menunjukan kita memahami perasaan marah anak itu. ' Mama tahu sakit tu seperti ada gunung api nak meletup dalam dada kan?'
  • Sebutkan perkara yang mereka lakukan yang berkaitan dengan emosi mereka. ' Anak Mama baling-baling barang ni sebab marah ye'
  • Bagi anak melepaskan emosi mereka namun tetap tegas untuk tidak melanggar perjanjian bersama. Contoh biarkan anak menangis sepuasnya tapi tidak mengoyakkan buku atau melemparkan barang.

    Anak Mengamuk Dan Baling Barang. Apa Perlu Ibu Bapa Lakukan ...
  • Andai kata ibu pun turu emosi ketika anak marah tenangkan hati ibu dahulu sebelum memujuk mereka.
  • Terangkan pada mereka jika mereka marah tidak perlu menjerit-jerit hanya perlu bagitahu terus pada ibu.
  • Bila anak sudah tenang baru ibu boleh selesaikan penyebab mereka marah sebelum ini. 
Membesarkan seorang anak bukan mudah lagi pula mereka amanah buat kita. Jadi peranan kita sebagai ibu untuk mendidik mereka ke arah lebih baik. 


ChubbyBitsy's Blog . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates