30 June 2020



Semua orang dilahirkan dengan sistem imun yang berbeza, namun terdapat sesetengah perkara yang boleh ibu lakukan bagi meningkatkan kekuatannya. Mengekalkan kesihatan sistem imun memerlukan ibu dan anak menjaga tubuh badan dengan baik.

Sistem imun merupakan lapisan pertama pertahanan tubuh badan terhadap penyakit. Ianya seperti fronliner untuk tubuh badan kita. Jadi sudah tentulah ibu nak meningkatkan kekebalan sistem imun terutamanya sewaktu musim demam dan selesema, serta penularan wabak Coronavirus (COVID-19) yang melanda negara ini.

Antara langkah meningatkan sistem imunisasi dengan cara;

1. Mengurangkan tahap tekanan/ stres

Tahukah ibu stress boleh mengubah atau menahan sistem imun menjadikan badan ibu dan anak lebih mudah untuk terdedah kepada jangkitan.Ianya terjadi kerana stress merangsang pengeluaran hormon kortisol yang bertindak meningkatkan keradangan dalam badan. Tekanan yang kronik pula boleh mengganggu keupayaan sel darah putih melawan jangkitan lalu membuatkan badan lebih mudah dijangkiti virus.

Jangan sangka anak kecil tak pandai stress ye ibu. 

2. Makan sayur dan buah dalam kadar yang banyak
KKM sendiri selalu menyarankan untuk ambil sayur dan buah-buahan dalam pemakanan harian. Jadikanlah sayur dan buah-buahan itu makanan ruji atau wajib. Bila diamalkan dalam pemakanan harian boleh membantu meningkatkan sistem imunisasi badan ibu dan anak. 

Sayur dan buah melindungi badan dengan antioksidan yang diperlukan untuk melawan tekanan oksidatif, termasuklah penyakit. Jika anak tolak sayur boleh bagi buah-buahan.
3. Meningkatkan pengambilan vitamin D
Vitamin D memainkan peranan penting dalam menyokong sistem imun dengan cara membantu badan menghasilkan antibodi yang boleh melawan jangkitan.
Sebenarnya badan dapat menghasilkan vitamin D melalui sinaran UV, namun ianya juga boleh dapat daripada makanan yang kaya dengan vitamin D seperti ikan dan makanan laut berlemak, cendawan, telur dan makanan yang diperkaya. 

Jika ibu ingin ambil supplemen pastikan mendapat nasihat doktor sebelum mengamalkannya untuk tahu berapa dos yang diperlukan untuk tubuh badan ibu dan anak. 

4. Tidur secukupnya
Tidur yang cukup merupakan kunci utama bagi sistem imun yang kuat. Mendapatkan tidur yang cukup membantu badan untuk pulih daripada stres harian, sama ada dari segi fizikal atau mental serta menggalakkan fungsi sistem imun yang lebih baik.
Sekiranya ibu tidak cukup tidur, badan ibu akan kurang menghasilkan protein pelindung digelar cytokines, ia diperlukan oleh tindak balas imun apabila mengatasi jangkitan atau keradangan sewaktu stres.
Jadi tidurlah dengan secukupnya. Ajar anak dari kecil untuk tidur awal.
Hukum Cium Anak Semasa Tidur - Islam Itu Indah
Sumber : google 
5. Basuh tangan dengan kerap
Basuh tangan dengan lebih kerap. Ianya mampu mengelakkan virus dan bakteria.Pastikan basuh tangan dengan sabun antiseptik dan air selama 20 saat.
6. Lakukan rutin senaman harian
Jika boleh bawa anak bermain di taman atau padang, biarkan mereka bermain ianya juga salah satu senaman buat mereka. Bila anak-anak ibu aktif ianya boleh menghalang patogen daripada memasuki paru-paru dan saluran pernafasan. Ianya boleh mengurangkan risiko nak kena selesa,demam dan penyakit lain. 
Smart Play | Playgrounds | Landscape Structures, Inc.
Sumber : Google
Jom amalkan tips diatas demi kesihatan ibu dan anak. Waktu covid ni memang perlu meningkatkan imunisasi badan. 


ChubbyBitsy's Blog . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates