23 June 2020

Sememangnya mendidik anak-anak ini bukanlah perkara mudah. Kadang kala ianya memenatkan dan memeningkan kepala ibu bapa. Tiada sorang pun ibu didalam dunia ingin membiarkan anak mereka membesar menjadi orang yang bermasalah. 
Ibu harus ingat bahawa kitalah orang yang paling bertanggungjawab dalam mencorak anak-anak itu, jadi sebelum mengeluh berusahalah mencorakkan mereka dengan corak yang baik-baik. 
Namun dalam membesarkan anak-anak, ada beberapa kesilapan yang dilakukan tanpa kita sedari. Kesilapan ini berlaku kerana kurangnya pengetahuan mengenai aspek keibubapaan. Didikan haruslah melalui teladan bukan paksaan bukan.Anak-anak lebih percaya dengan apa yang dilihat daripada apa yang didengar.
Jadi dalam mendidik anak didiklah diri kita dahulu. 
Jom kita periksa kesilapan yang sering kita lakukan dalam mendidik anak-anak adalah seperti berikut:
  1. Suka membandingkan
    Ini perkara yang sering berlaku, dalam sedar atau tidak bila anak kita gagal dalam sesuatu kita akan membandingkan mereka dengan orang lain atau adik beradik lain. Tahukan ibu perkara ini boleh membuatkan anak tercalar keegoan mereka dan mungkin mereka akan membenci dengan orang yang ibu bandingkan. Memang tujuan kita untuk mereka belajar, namun tidak pada anak itu.

    Ibu boleh nak mengunakan orang ketiga dalam membandingkan namun bukan dalam keadaan ibu dan anak dalam tekanan emosi, waktu itu sangat tidak sesuai.
  2. Merendahkan kebolehan anak
    Ada masa bila kita berbual dengan kawan kita suka merendahkan anak kita tanpa sedar.Sebenarnya ibu dalam keadaan risau. Namun cara luahan ibu membuatkan anak merasakan ibu mereka mengata masalah mereka pada orang lain. Jadi penerimaan anak terhadap luahan ibu tu berbeza dengan apa yang ibu fikirkan.
  3. Memarahi anak tidak kena pada tempatnya.
    Memang tidak salah sebagai seorang ibu kita nak marah anak kita kerana kita nak mengajar mereka. Namun tanya pada diri kita adakah sesuai kita memarahi mereka ditempat itu?

    Contoh ada di restoran anak tertumpahkan air, ibu serta merta menjerkah anak depan orang ramai. Cuba bayang kalau ibu di tempat anak apa perasaan anak ketika itu? Tentulah mereka malu.
  4. Tidak menjadi pendengar yang baik
    Berenti seketika bila melakukan sesuatu kerja jika anak bertanya pada ibu. Dengarlah seketika apa yang mereka hendak tanya dan katakan. 
Jadi check balik apa kesilapan yang sering kita lakukan pada anak dan perbaikilah. 



ChubbyBitsy's Blog . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates