01 June 2020

Kemahiran sosial amat perlu dalam kehidupan semua manusia. Ianya juga ilmu akhlak yang perlu diterapkan bagi anak-anak ibu untuk menjalani hidup ke arah kebaikan dan berdisplin. 

Apakah itu kemahiran sosial?

deti-malchik.-devochka-skamya-derevo-pervaya-lyubov-Favim.ru-9664 ...

Kemahiran sosial adalah tingkah laku, lisan dan bukan lisan, yang digunakan untuk berkomunikasi secara berkesan dengan orang lain. Kemahiran sosial terdiri  daripada budaya, kepercayaan dan sikap seseorang manusia. Seseorang yang menggunakan kemahiran sosial untuk berinteraksi secara berkesan dengan rakan-rakan, keluarga, rakan sekerja dan orang yang tidak dikenali boleh dikatakan mempunyai kecekapan sosial.

Antara contoh kemahiran sosial yang anak-anak perlu lakukan adalah:
  • Hubungan mata (eye contact) dengan pihak lain dalam perbualan
  • Tersenyum apabila berjumpa  orang
  • Berjabat tangan ketika bertemu seseorang
  • Menggunakan nada yang betul 
  • Menyatakan pendapat kepada orang lain
  • Tanggapan bagaimana orang lain berasa dan menunjukkan empati
  • Tindak balas emosi yang sesuai (cth menangis apabila sesuatu yang menyedihkan berlaku; ketawa apabila seseorang mengatakan sesuatu yang lucu)
Jadi pastikan ibu mengajar anak beberapa kemahiran yang perlu mereka tahu. Antaranya:

  • Memperkenalkan diri sendiri.
    Anak perlu tahu untuk memperkenalkan diri mereka kepada orang lain. Seperti ' Assalamualaikum/Hii, nama saya Ahmad. 
  • Pandai meminta bantuan
    Anak haruslah meminta tolong dengan cara yang baik dan sopan, bukan dalam keadaan memaksa atau menjerit. Ajar mereka cara meminta tolong dengan baik.

    'Ibu tolong ambilkan baju Zee boleh?'
  • Boleh mendengar arahan
    Pastikan anak kita mudah menerima arahan. Arahan yang diberikan haruslah jelas. Jangan memberi arahan tidak jelas membuatkan anak tidak mampu untuk melakukan.
  • Menyelesaikan kerjaAjar anak untuk menyelesaikan sesuatu perkara yang dilakukan. Misalnya mereka selesai bermain pastikan mereka mengemas barang mainan mereka seperti sediakala dan pastikan mereka mengemas sampai siap.
     
  • Jika mereka tidak setuju atau tidak  menyukai bercakap dengan baik
    Perasan tak ada sesetengah anak kecil jika kita bertanya perkara yang mereka tidak suka mereka akan marah-marah. Jauhkan mereka bersikap begitu. Ajar anak untuk menjawab dengan kadar yang sopan.
  • Boleh menerima penolakan dengan baik
    Bila anak minta sesuatu dan ibu tidak setuju bagaimanakah reaksi anak? Marah? Membentak? Jika ini berlaku ajar mereka mengapa mereka perlu menerima penolakan dengan baik tanpa perlu marah-marah.
  • Menunjukan penghargaan 
    Dapat hadiah atau pujian anak perlu tahu untuk menunjukan penghargaan yang diberikan pada mereka.
  • Mampu meminta maaf 
    Amalkan perkara ini sejak anak kecil lagi. Sebagai ibu juga jangan susah untuk meminta maaf pada anak. Setiap ibu juga ada melakukan kesalahan pada anak.

    Montessori Circle Time Routines for the First Day: Welcome Songs ...

  • Mampu mengawal emosi
    Mengawal emosi amat penting dalam kemahiran sosial supaya bila bermain dengan anak lain mereka tidak sesuka hati untuk melepaskan emosi mereka.
  • Mampu menerima kritikan dan menangung akibat dari perbuatan mereka
    Bila anak melakukan sesuatu perkara yang menyebabkan keburukan jangan sesekali memenangkan mereka.Mereka harus menerima segala perbuatan yang mereka lakukan.
Kemahiran sosial ini amat digalakkan buat anak-anak mempelajarinya. Ini juga baik untuk kehidupan mereka seharian sehingga dewasa.
Helping with Your First Few Steps
Web : www.chubbybitsy.com
Shopee: www.shopee.com.my/chubbybitsy
Facebook: www.facebook.com/chubbybitsy
Instagram: www.instagram.com/chubbybitsy
Twitter: www.twitter.com/chubbybitsy
Dropship: t.me/DSchubbybitsy
Affiliate: t.me/affiliatechubbybitsy

ChubbyBitsy's Blog . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates