01 June 2020

Jangan Asyik Guna 'Shortcut' Jaga Anak, Ini 6 Perkara Tentang ...

Pada zaman yang penuh teknologi ibu lebih suka memberi anak gadget atau menengok televisyen. Sememangnya perkara macam ini memang mudahkan ibu untuk melakukan kerja lain. Namun tahukah ibu anak yang terdedah kepada gadget terlalu lama amatlah membahayakan. 

Terlalu tertumpu pada gadget akan menyebabkan kesihatan mata dan perkembangan otak terjejas. Bagaimana gadget boleh menjejaskan otak anak kita? Apabila anak melakukan kerja yang menyeronokan badan akan menghasilkan dopamin. Dopamin ini juga boleh terhasil daripada dadah, bahan lucah dan gadget. Jadi jika otak anak menerima terlalu banyak dopamin ianya akan menyekat reseptor, menyebabkan anak memerlukan dos yang berlebihan untuk rasa lebih 'syok'. 

Bila syok itu hadir dalam diri anak mereka menganggap gadget adalah sebahagian dari tubuh badan mereka. Kemana mereka berada gadget perlu ada dengan diri mereka. Jika tiada gadget mereka akan mengamuk atau meraung seperti kesakitan yang amat.

Jika anak terdedah dengan gadjet mereka akan susah untuk tidur. Cahaya biru pada gadget telah memanipulasi otak dan menyekat pengeluaran melatonin iaitu hormon yang mempengaruhi kualiti tidur. 

Guide to Limiting Screen Time of Children in a Smart Manner

Perasan tidak ibu, bila anak sudah terlalu ketagih dengan gadget mereka anak lebih agresif. Bila ibu menyekat mereka dari mengunakan gadget mereka akan tantrum kerana tidak dapat apa yang mereka inginkan. Bila dibiarkan perkara ini amatlah bahaya untuk kemahiran sosial mereka. 

Gadget juga mampu melumpuhkan daya fokus dalam sesuatu hal. Ini kerana sudah terbiasa mengunakan gadget mereka boleh tukar apa yang mereka rasa bosan tanpa perlu menunggu video itu habis. 

Banyak lagi perkara yang membahayakan bila membiarkan anak melihat gadget tanpa pengawasan dan tanpa kawalan. Pilihan ditangan ibu-ibu, namun pilihlah yang terbaik untuk anak. 


Helping with Your First Few Steps
:point_right: Web : www.chubbybitsy.com
:point_right: Shopee: www.shopee.com.my/chubbybitsy
:point_right: Facebook: www.facebook.com/chubbybitsy
:point_right: Instagram: www.instagram.com/chubbybitsy
:point_right: Twitter: www.twitter.com/chubbybitsy
:point_right: Dropship: t.me/DSchubbybitsy
:point_right: Affiliate: t.me/affiliatechubbybitsy


ChubbyBitsy's Blog . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates