03 June 2020

Ramai ibu yang nak anak mereka displin dalam pelbagai perkara, namun apakah tindakan ibu-ibu? Adakah setiap kali salah ibu akan memberi denda atau hukuman? 

Tak salah sebenarnya memberi hukuman tetapi jika terlalu kerap memberi hukuman tanpa ada tindakan dari perbuatannya mereka tetap tidak akan lebih displin malah lebih teruk dari sebelum ini.

Sebagai contoh situasi dimana anak telah makan tumpah, apakah yang ibu akan lakukan?

anak-makan-bersepah-di-kedai - Blog Siputhijau

Adakah ibu akan memarahi mereka?
Adakah ibu akan menghukum mereka?
Adakah ibu akan denda mereka?

Tidak salah sebenarnya nak menghukum tetapi biarlah kena pada gaya. 

Seandainya berlaku situasi seperti di atas, perkara ini ibu boleh hadapi dengan memberi mereka akibat sesuatu perkara berlaku. Antara caranya:

  • Menghukum berhubung dengan kesalahan
    Contoh tadi anak menumpahkan makanan, ibu seharusnya menyuruh mereka mengemas makanan yang ditumpahkan itu bukannya menjerit dengan lantang 'Jangan bermain di taman selama seminggu'. Nak jadikan anak lebih berdisplin biar mereka rasa bertanggungjawab atas apa yang telah mereka buat.
  • Biarlah masuk akal.
    Bila ibu menyuruh anak mengemas tumpahan makanan mereka, mereka akan buat atas kemampuan mereka sendiri. Jangan memaksa mengemas seperti mana ibu sentiasa mengemas itu salah.
  • Memberikan pengalaman belajar
    Selepas kejadian tersebut janganlah ibu melarang anak itu untuk makan sendiri tetapi biar mereka belajar sampai tidak menumpahkan lagi makanan. Buat penialaian berkala dan beri pujian atau hadiah jika mereka sudah tidak menumpahkan makanan.
  • Jaga harga diri anak
    Jangan sesekali ibu membentak anak dihadapan orang ramai. Jaga perasaan mereka walaupun mereka masih kecil.
Sentiasa memberi panduan setiap perkara mereka lakukan. Mereka hanya anak kecil yang akan belajar jika diberi pelajaran yang betul. 



ChubbyBitsy's Blog . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates