24 June 2020

Tidak salah sebagai seorang ibu kita menzahirkan rasa sayang terhadap anak, namun cara menzahirkan perlulah anak dapat rasai. Ibu bapa perlu menzahirkan kasih sayang dengan cara yang anak ketahui supaya mereka lebih memahami.
1. Melalui kata-kata

Bahasa cinta yang mudah difahami adalah dengan kata-kata. Apa yang dikatakan akan mempengaruhi ahli keluarga. Kata-kata pujian sangat berkesan pada anak atas kefahaman. 
 Sebaliknya, kata-kata yang negatif atau tidak sopan mungkin menyakitkan hati anak. 
2. Penghargaan Tingkahlaku

Ianya lebih kepada tindakan perkhidmatan. Contoh jika anak telah melakukan sesuatu perkara yang baik ibu akan mengupah mereka dengan memasakan kek atau masak makan kegemaran mereka. Ianya bukan tindakan yang kita biasa lakukan setiap hari. Bila kita melakukan perkara macam ni anak dapat merasakan kasih sayang seorang ibu.
3. Memberi Hadiah
Mungkin bagi sesetengah ibu perkara ini sangat materialistik namun tidak salah untuk melakukan. Tapi jangan lah terlalu kerap. Memberi hadiah dikala mereka berjaya buat sesuatu. Why not kan.
Gift vs Present: What Is the Difference? | Mental Floss
4. Masa Berkualiti
Nak mengembirakan anak tidak susah kadang-kadang yang memberi mereka masa yang berkualiti sudah cukup buat mereka. Waktu yang berkualiti tu kita memang tumpu pada mereka tanpa gadjet atau gangguan lain. Mereka akan sentiasa ingat saat itu.
5. Sentuhan Fizikal
Hubungan fizikal boleh bermakna ciuman, urutan atau pelukan. Jangan malu untuk memeluk anak ibu. 
Jom ibu menzahirkan rasa kasih sayang mereka selalu. Kanak-kanak yang membesar dengan penuh kasih sayang hati mereka lembut. Mudah untuk dibawa berbincang dan sebagainya. Tidak jatuh maruah seorang ibu jika buat perkara di atas kan. 

ChubbyBitsy's Blog . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates