04 June 2020

cara berkomunikasi dengan anak prasekolah - Zuriat

Pernahkah ibu ambil kisah tentang komunikasi ibu dengan anak? Adakah cara kita berkomunikasi itu efektif dengan anak kita? 

Berkomunikasi sememangnya dilakukan setiap hari, setiap saat dan banyak pilihan cara untuk berkomunikasi bila melakukannya. Namun pernah tak ibu cakna cara komunikasi ibu berkesan tak buat anak ibu? Komunikasi yang berkesan akan mendapat result yang berkesan.


Komunikasi tidak berkesan
Komunikasi berkesan
Memberi nasihat

‘Bila nak tidur check dulu kerja sekolah, jangan besok baru nak kelam-kabut baru teringat ada kerja sekolah.’

Pengalaman

‘ Mama dulu pernah kena berdiri depan kelas sebab tak siap kerja sekolah, malunya. Lepas tu Mama selalu siapkan kerja sekolah’
Soal siasat

‘Kenapa tak makan bekal mama beri ni? Kenyang? Tak suka?’

Pemantauan

Mama tengok bekal awak macam banyak je’
Tidak menghiraukan perasaan anak

‘Apa yang penat sangat pergi sekolah tu? Bukan buat apa pun.’
Menunjukan simpati

‘Anak Mama penat ke lepas balik sekolah? Kenapa penat sangat tu? Meh cerita dengan Mama’

Perintah

‘Pergi kemas mainan sekarang’

Pilihan

‘Nak kemas dulu ke nak mandi dulu?’
Cara berkomunikasi ibu dengan anak sangat memain peranan untuk dapat result yang berkesan. Jadi jom kita tukar apa yang sudah kita biasakan sebelum ini. 

ChubbyBitsy's Blog . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates