03 June 2020

Anak Jatuh Hingga Memar? Jangan Diurut Dulu Ya, Bunda ...

Ibu mana yang tak panikkan bila anak jatuh? Mesti ibu rasa tak tentu arah bila anak jatuh. Namun sabar dulu ibu bila anak jatuh jangan terus bawa ke hospital.

Jom kami share apa perlu dilakukan bila anak jatuh?

  1. Ibu haruslah dalam keadaan tenang. Jika waktu tu ibu rasa tak boleh nak bertenang pastikan ibu menarik nafas secara teratur sampai ibu rasa sedikit bertenang. Sesuatu perkara bila dibuat waktu gelabah ianya akan menjadi lebih teruk.
  2. Perhatikan anak ibu. Ada luka? Teruk ke? Perhatikan betul-betul bagaimana kondisi anak. Mereka sedar atau tidak?
  3. Sekiranya anak tidak sedar dan tida sebarang tindak balas suara,visual atau pergerakan segeralah bawa berjumpa doktor.
  4. Sekiranya anak tiba-tiba sawan dan susah untuk bernafas segera bawa berjumpa doktor.
  5. Sekiranya anak muntah terlalu banyak , segera bawa ke hospital.
  6. Sekiranya anak tidur selepas jatuh dan mengejutkan mereka bangun mereka susah nak bangun pun segera ke hospital.
  7. Sekiranya keluar darah atau cecair jernih melalui telinga,hidung atau mulut anak segera bawa ke hospital.
  8. Periksa kepala , badan serta tangan dan kaki anak, ada terdapat luka atau bengkak atau tidak.
  9. Periksa ada tak perubahan pada tulang atau anak tidak mampu mengangkat angota badan mereka segera pergi ke hospital.
  10. Jika ada pendarahan tekap darah itu dengan kain bersih. Sekiranya darah itu tidak berenti dalam waktu yang lama segera bawa pergi berjumpa doktor.
  11. Jika kesan jatuh itu ada bengkak. Tuam bengkak itu dengan air batu dan tekap lebih kurang 20 minit. Ulang selepas 3-4jam kemudian.
  12. Jika tiada kondisi bahaya pada anak pantau mereka selama 24jam. Tetapi jika ibu ragu sila bawa berjumpa doktor dengan segera.
Semoga tips ini mampu membantu ibu serba sedikit. 


ChubbyBitsy's Blog . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates