15 June 2020

Ayah Bunda, Yuk Ajari Anak Bertamu Dengan Sopan - Kompasiana.com

Mesti ramai ibubapa yang mengalami masalah seperti ini. Selalunya perkara ini berlaku pada anak sulung, kerana mereka tidak biasa berkongsi dengan sesiapa sebelum mereka mempunyai adik. Jadi bagaimanakah cara ibubapa buat untuk anak boleh berkongsi mainan atau barang mereka dengan kawan yang lain? 

Bila disuruh berkongsi mula lah dia mengamuk bagai nak rak. Sakit kepala nak memikiornya kan ibu. Lagi pening bila dedua tak nak berkongsi, haru oi haru. 

Sebelum ibu menyuruh anak berkongsi, pernah tak ibu tahu apakah pemahanan anak tentang berkongsi? Berkongsi bukan satu proses yang mudah untuk anak menerima. Anak yang tidak berkongsi tidak bermaksud tidak sopan. Berkongsi lebih kepada isu perkembagan bukan isu moral atau akhlak.

Berkongsi sebenarnya proses yang agak sukar kerana ianya melibatkan perkembangan anak. Sikap tidak mahu berkongsi adalah sikap yang sesuai dengan perkembangan anak kecil.

Tahukah ibu kenapa konsep kongsi ini sukar buat anak?

  1. Bagaimanakah penyampaian ibu dalam istilah berkongsi? Adakah dalam bentuk galakan atau paksaan yang membuatkan anak keliru.

    Mereka tidak memahami dengan jelas berkongsi itu bermaksud pinjam atau memberi terus? Ini melibatkan perkembangan kognitif anak. Anak tidak mampu berfikir secara abstrak.

    Contoh apabila anak berkongsi makanan, makanan yang dikongsi bersama habis dan hilang terus tidak sama dengan sebelum mereka kongsi. Jadi disini mereka akan nampak keburukan berkongsi. Anak kecil masih belum boleh memahami.
  2. Melibatkan masa.

    Bila anak kecil perlu berkongsi mereka akan tertanya-tanya berapa lama akan dipinjam. Selalu ibu akan cakap bagi pinjam sekejap atau beri pinjam 5 minit je. Anak kecil masih belum faham konsep berapa lama. Bagi mereka bila meminjam 1 minit itu dah rasa lama.

    Konsep masa boleh diterapak bila anak memahami, bila mereka lebih faham tentang masa barulah mereka mudah untuk berkongsi dan mereka tahu barang itu tetap milik mereka bukannya kekal bersama orang lain. Namun jika ibu atau ayah memberi terus barang milik mereka kepada orang lain anak akan kembali keliru dengan konsep masa.
  3. Berkongsi’ melibatkan konsep pemilikan. Contohnya “Ini anak patung saya”. “Itu kereta mainan dia”. ‘Mine’, ‘hers’, ‘yours’. Konsep pemilikan ini berkembang di antara usia 4-6 tahun. Anak kecil sifatnya egocentric hanya fikirkan diri sendiri dan belum faham orang lain. Sebab itulah ada anak kecil yang suka merebut mainan orang lain.

    Konsep ownership ini masih samar bagi anak tersebut. Anak perlu dibimbing supaya dia faham.

    Jadi bila berkongsi ianya melibatkan konsep pemindahan hak milik sementara. Bila anak dah memahami konsep pemilikan, anak juga perlu faham barang yang dimiliki boleh bertukar milik sama ada secara sementaramatau secara kekal.

    Kompleks tak? Cuba fikirkan betapa sukarnya untuk anak kecil faham konsep ini. Konsep ownership juga menjadi asas untuk anak memahami bahawa dia tidak boleh mengambil hak orang lain tanpa izin.

    Jika barang itu bukan miliknya, dia perlu bertanya terlebih dahulu dan bukannya mengambil dengan selamba, merebut atau meragut.

    Ini juga penting untuk difahami oleh kanak-kanak sekolah rendah, remaja dan juga orang dewasa. Jika tidak difahami pada usia lanjut maka tidak ada bezanya dengan anak kecil berusia 0-4 tahun.
  4. Berkongsi juga melibatkan dua perkara yang perlu difahami serentak oleh anak.
    a) Mainan itu milik saya.
    b) Mainan saya ada pada dia.

    Bagi ibu bapa perkara itu mudah untuk difahami namun tidak bagi anak ibu. 'Mainan itu saya punya kenapa ada pada dia.'
  5. Adakah ibu tahu berkongsi ini akan melibatkan emosi anak? Jika anak kecil dipaksa untuk berkongsi dan mereka terpaksa korbankan hak milik mereka, anak akan kaitkan berkongsi dengan perasaan sedih, kecewa dan marah.
    Apabila berkongsi dikaitkan dengan perasaan ini, lebih sukar untuk anak berkongsi pada masa yang lain. Cubalah fahami perasaan anak. 
    Anak kecil juga ada perasaan. Jika kita mendengar, mereka akan lebih mudah untuk berkongsi. Kita juga perlu hormat kepada anak kiranya ada kepunyaannya yang sangat disayangi dan tidak mahu diberkongsi dengan orang lain. Hormati hak anak juga.
  6. Berkongsi’ juga melibatkan konsep empati iaitu memahami perasaan dan keperluan orang lain.Jika anak ada ’empati’ lebih mudah untuk anak ‘berkongsi’ dengan anak lain yang juga punya keperluan ke atas barang tersebut.
    Anak juga akan mudah ‘berkongsi’ dengan anak lain yang kelihatan sangat tertekan kerana ingin berkongsi. ‘Empati’ mula berkembang sekitar usia 4 tahun.
  7. Berkongsi juga bergantung kepada nilai sifat semulajadi anak.Ada anak yang lebih mudah untuk ‘berkongsi’ kerana anak-anak ini tergolong di kalangan anak dengan temperament ‘easy/flexible’.
    Bagi anak yang
    ‘feisty’, ‘berkongsi’ mungkin mengambil masa untuk mereka praktikkan. Banyak lagi sebab musababnya tetapi cukuplah lapan faktor supaya ibubapa dan guru faham betapa sukarnya konsep ‘berkongsi’ yang sering kita lagukan kepada anak kecil.

Anak kecil mengambil masa, berilah mereka masa, ruang dan peluang. Harapan perlu realistik dan bersesuaian perkembangan anak-anak. Relax.


Dalam kita cuba menggalakkan anak untuk ‘berkongsi’, pada masa yang sama kita juga perlu pupuk perkembangan yang saya sebut di atas supaya anak faham.

Rujukan

Helping with Your First Few Steps
:point_right: Web : www.chubbybitsy.com
:point_right: Shopee: www.shopee.com.my/chubbybitsy
:point_right: Facebook: www.facebook.com/chubbybitsy
:point_right: Instagram: www.instagram.com/chubbybitsy
:point_right: Twitter: www.twitter.com/chubbybitsy
:point_right: Dropship: t.me/DSchubbybitsy
:point_right: Affiliate: t.me/affiliatechubbybitsy

ChubbyBitsy's Blog . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates