05 May 2020

Penyakit kuning pada bayi atau jaundis adalah penyakit yang biasa melanda bayi baru lahir berusia antara 2-3 hari selepas kelahiran. Walaupun ianya penyakit yang biasa berlaku, ianya memerlukan rawatan intensif dari pegawai perubatan. 

Ramai ibu yang tidak sanggup untuk melihat anak mereka ambil darah tiap-tiap hari kerana untuk check bacaan paras kuning anak. Jadi ibu akan mula mencuba segala tips daripada kawan-kawan ataupun google. 

Nanti dulu ibu, ibu perlu tahu mengapakah bayi terkena penyakit kuning? Ini kerana bilirubin tinggi dan terkumpulnya dikulit atau di dalam organ bayi. Jadi relevankah ibu untuk mencuba tips yang diberikan oleh kawan ataupun melihat di dalam google?

Meh sini kami nak share 4 tips untuk menurun kuning bayi dengan cepat. 

Menyusu dengan kerap 

  • Ibu perlu menyusukan bayi dengan lebih kerap. Perlu susukan dalam 1-2 jam. Jika anak lena diulit mimpi kecutkan mereka untuk menyusu. Namun ada setengah ibu merungut mereka sudah menyusukan anak tiada apa perubahan yang berlaku.

    Ibu perlu semak balik cara ibu menyusukan bayi. Adakan betul cara ibu memberi susu kepada bayi. Cara yang salah menyebabkan bayi hanya mengisap puting bukan minum susu. Ianya juga punca kenapa kuning bayi tidak turun.
Makan makanan yang berkhasiat dah seimbang 
  • Makan makanan yang berkhasiat dan seimbang amatlah diperlukan ketika berpantang dan menyusukan bayi. Ibu perlu lebih sihat untuk menghasilkan susu yang cukup dan penuh khasiat.

    Ibu juga boleh cuba minum susu kambing di campur kurma dan saffron Diingatkan ianya itu ibu minum bukan bayi minum.
Jaga emosi
  • Emosi yang tenang dan gembira boleh menghasilkan susu tanpa ada masalah.  Bila ibu tertekan atau kepenatan yang melampau ianya menganggu penghasilan susu badan. Jadi bagaimana ibu hendak menyusukan anak ketika kuning?
Pancaran lampu biru 
  • Lampu biru itu lebih dikenali sebagai sinaran ultravoilet. Jika kuning bayi masih tidak turun dan perlu ditahan letakkan di bawah lampu biru hanya lakukan sahaja ibu jangan ingkar. Ianya juga dapat mengurangkan kadar bilirubin.
Sebenarnya melalui tips di atas fokus ibu hanya perlu menyusukan bayi lebih kerap. Lebih kerap bayi menyusu lebih kerap bayi membuang najis. Itulah sebab mengapa perlu menyusu dengan betul, supaya bayi membuang air kecil atau besar lebih kerap. Kadar bilirubin akan keluar melalui najis.

Fakta yang ibu perlu tahu, lagi banyak bayi membuang air besar lagi cepat kadar kuning akan turun.

Helping with Your First Few Steps
:point_right: Web : www.chubbybitsy.com
:point_right: Shopee: www.shopee.com.my/chubbybitsy
:point_right: Facebook: www.facebook.com/chubbybitsy
:point_right: Instagram: www.instagram.com/chubbybitsy
:point_right: Twitter: www.twitter.com/chubbybitsy
:point_right: Dropship: t.me/DSchubbybitsy
:point_right: Affiliate: t.me/affiliatechubbybitsy

ChubbyBitsy's Blog . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates