07 May 2020

Ramai ibu merasakan bila anak batuk ianya perkara normal kerana anak kecil mudah berjangkit. Sebenarnya bila anak sudah mula batuk itu menandakan ada sesuatu yang tidak kena pada badan mereka. Pantau anak ibu sekerapnya. Pastikan catat setiap pergerakan mereka dan berapa banyak mereka batuk 






Jika anak ibu muntah dengan kerap, tidak dapat menerima makanan dan tidak aktif seperti biasa segeralah bawa berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan selanjutnya. Lagi-lagi musim covid melanda ni. Kena ingat badan anak kecil tidak sama seperti dewasa. Kadang mereka sendiri tidak tahu bagaimana ingin meluahkan rasa sakit itu.

Namun dalam pemantauan ibu juga boleh cuba beberapa tips tanpa ubat untuk mengurangkan batuk pada bayi ibu iaitu:


  • Wap air 
    Mengunakan air panas dan wapkan muka bayi. Cara ini dapat bantu longgarkan kahak dalam paru-paru. Cara ini juga akan mencairkan hingus yang tersumbat di hidung. Halakan muka bayi ke permukaan wap. Seeloknya tambahkan sedikit bawang putih ke air panas.
  • Minyak bawang putih 
    Bakar bawang putih dalam beberapa biji. Bila sudah separuh masak penyek bawang putih tersebut. Campurkan sedikit minyak zaitun, lalu boleh sapu di badan bayi. Di kawasan perut, pelipat dan tapak kaki.
    Cuba dahulu pada bayi di pelipat jika naik ruam merah tandanya bayi ibu tidak sesuai dengan minya bawang ini. Berenti dari mengunakannya.
  • Percussion Chest 
    Tepukan ini biasa akan dilakukan oleh fisioterapi jika anak ibu masuk hospital kerana jangkitan paru-paru. Tepukan ini untuk melonggarkan kahak pada bayi. Boleh rujuk tepukan percussion chest untuk lebih detail cara nak lakukan.
  • Sterimar Nasal Spray
    Ianya adalah semburan hidung yang berasaskan air laut semulajadi yang telah diproses dan selamat untuk bayi bagi melegakan hingus yang tersumbat. Jenama ni sangat dikenali ibu-ibu yang pernah mengunakannya. Mengunakan cara ini ibu kena kental sikit.
  • Kerapkan penyusuan atau minum air yang banyak
    Susukan bayi selsema dengan lebih kerap kerana khasiat susu ibu terbukti dapat pulihkan selsema bayi dengan cepat. Bagi anak yang sudah besar, beri anak air masak secukupnya untuk mengelakkan dehidrasi.

Seeloknya mencegah dari makin bahaya itu amat perlu. Ibu yang anak alergik dengan bawang putih nak cuba minyak lain boleh klik link di bawah.

Tasneem Naturel Baby
Minyak Tenang Anakanda Ning Salmah











ChubbyBitsy's Blog . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates