18 May 2020

Faktor Tumbesaran Terbantut Dalam Kalangan Kanak-kanak!

Masalah tumbesaran sering menjadi kerisauan ibu bila berlaku pada anak sendiri. 

'Eh anak aku ni memang kecil ke?'
'Kenapa anak aku umur 4 tahun tapi macam kecil je dari budak lain'

Benda macam ni memang selalu menjadi tanda tanya ada ibu bukan. Lagi-lagi bila ada yang bandingkan anak mereka dengan anak ibu. Lagilah kerisauan itu melanda. 

Namun ibu perlu tahu ada anak-anak yang bersaiz kecil atau pendek tetapi mereka ini adalah normal. Ini disebabkan ibu bapa mereka yang bersaiz kecil atau pendek akan melahirkan anak-anak yang sedemikian juga.

Ada juga anak yang lewat matang dipanggil delayed bloomer, anak ini akan lebih pendek berbanding anak lain pada mulanya namun akan mencapai ketinggian yang normal seperti anak yang lain.

Tumbesaran anak merupakan indikator utama yang menunjukkan status kesihatan dan kehidupan mereka. Tumbesaran anak dapat dilihat pada carta tumbesaran yang standard. Apabila tumbesaran anak menunjukkan tumbesaran abnormal, anak tersebut perlu menjalani pemeriksaan yang teliti. Sebab tumbesaran yang abnormal ini perlu dikesan supaya rawatan dapat diberikan.

Sebab-sebab masalah tumbesaran kanak-kanak boleh terbahagi kepada beberapa kategori. Antaranya: 

Penyakit-penyakit yang melibatkan seluruh badan (penyakit sistemik) yang serius, tidak dirawat atau tidak dirawat dengan sempurna boleh mengganggu proses tumbesaran. 

Contoh-contoh penyakit tersebut ialah:
    • Malnutrisi
    • Penyakit usus
    • Penyakit buah pinggang
    • Penyakit darah (hematologi), contohnya talasaemia
    • Penyakit sistem saraf
    • Diabetes mellitus
    • Trauma atau tekanan mental yang serius

    • Penyakit yang berkaitan dengan hormon :

    • Kekurangan hormon tiroid.
    • Sindrom Cushing (hormon yang dihasilkan oleh kelenjar adrenal secara berlebihan).
    • Kekurangan hormon pembesaran (growth hormone) menyebabkan kanak-kanak menjadi kerdil.

    • Penyakit kongenital (sejak lahir) yang berlaku semasa tisu-tisu badan sedang membesar

    • Pembesaran yang terbantut semasa janin.
    • Masalah kromosom – contohnya sindrom Turner.
    • Masalah tulang (penyakit tulang atau tumbesaran tulang yang abnormal).

    • Terlalu tinggi :

    • Kanak-kanak atau remaja perempuan yang terlalu tinggi.
    • Cepat akil baligh (precocious puberty) – kanak-kanak mencapai akil baligh lebih awal sebelum umur yang sepatutnya.
    • Penyakit genetik – contohnya sindrom Marfan.

    • Idiopatik (idiopathic) :

    • sebab-sebab yang tidak dapat dikesan.
Jadi banyak faktor penyebab masalah tumbesaran itu berlaku. Jika ianya terjadi pada anak ibu segeralah berjumpa doktor untuk pengesahan dan nasihat lebih lanjut. Jangan biarkan begitu sahaja. 


ChubbyBitsy's Blog . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates