10 May 2020




Setiap tumbesaran setiap anak tidak sama dengan anak yang lain. Namun ibu mana yang tak risau jika ada tanda-tanda masalah pada bayi mereka hampir berbulan-bulan.  Antara masalah yang kerap berlaku pada bayi adalah kelemahan motor halus , masalah tidak bercakap, masalah disekolah dan sebagainya. 

Adakah ibu perlu berjumpa dengan pakar?

Sebenarnya ada tanda-tanda yang perlu bawa si manja berjumpa dengan doktor pakar, apakah tanda-tanda itu? 

  • Pandangan mata 
    Bayi sepatutnya akan fokus bila melihat sesuatu seperti eyes contact . Eyes contact dikira pencapaian dalam perkembangan awal buat bayi. Bila bayi semakin meningkat umur mereka dapat melihat dengan baik. Boleh memandang mata orang sekeliling dan mengikut gerakan mata ibu bapanya. Jadi bawa jumpa doktor jika anak ibu tiada eyes contact dalam masa agak lama.
  • Tidak respon bila diacahBayi biasanya akan respond setiap kali di acah contoh jika ibu senyum bayi juga akan turut senyum kerana mereka melihat apa yang ibu nya lakukan. Namun jika bayi tidak menunjukan tindak balas terhadap eksperasi wajah dan tidak respon dipanggil ibu harus segera bawa berjumpa doktor.
  • Masalah lambat bercakapAda beberapa faktor kenapa anak lambat bercakap salah satunya adalah kerana dialek yang berbeza digunakan ibu bapanya dirumah. Namun untuk kanak-kanak yang berusia tiga tahu mereka sepatutnya boleh mengunakan empat patah perkataan dalam satu ayat.
  • Masih tidak mampu buang air kecil dengan sendiri
    Ibu perlu segera bawa anak berjumpa doktor jika mereka masih gagal untuk mengunakan tandas. Ianya mungkin masalah saluran kencing.
  • Tanda disleksia
    Pakar mengatakan tanda-tanda disleksia akan muncul sebelum anak ke sekolah menengah. Antara tandanya mereka sulit untuk mengikat tali kasut, lambat bercakap , payah mengenal abjad.dan lain-lain lagi.
  • Tidak pandai berkawanAnak sifat mereka suka bermain dan berkawan. Jadi jika anak ibu jenis tidak suka berkawan dan akan mengasingkan diri dari bermain dengan anak lain ibubapa harus bimbang.

    7 petanda awal anak anda mungkin berdepan gangguan mental | Free ...

  • Tingkah yang tidak dapat dikawalBila setiap keinginan anak tidak diberikan mereka akan mengamuk dan sukar untuk di kawal. Sekiranya perkara ini berpanjangan sampai ibu pun tidak tahu apa yang hendak dilakukan bawalah berjumpa dengan doktor. 
Naluri ibu adalah petunjuk yang dapat mengesan setiap perubahan anak tanpa kita sedar sepenuhnya. Sebelum mengambil sebarang tindakan, ikutlah kata naluri ibu supaya dapat membantu anak lebih awal. Jangan menidakkan anak sakit jika kita nampak perubahannya.

ChubbyBitsy's Blog . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates