01 May 2020

Sememangnya puasa adalah wajib buat semua orang islam pada bulan Ramadhan. Namun ada golongan yang tertentu yang tidak diwajibkan untuk berpuasa. Antara golongan yang di beri kelonggaran adalah ibu hamil dan ibu yang menyusukan anak. Ibu yang hamil dan menyusu diberi rukhsah iaitu keringanan untuk tidak berpuasa dibulan Ramadhan. 

apakah yang dimaksud dengan musafir. dan apakah yang dimaksud ...

Dalam Mazhab Syafi'i, bila seorang itu sedang hamil atau menyusukan anak berpuasa lalu ibu bimbang tentang keadaan ibu dan kandungan atau salah satunya, maka wajib membatalkan puasa.

Ibu juga wajib menganti atau mengqadha puasa di hari lain. Namun, jika berpuasa dan ibu bimbang membahayakan anak sahaja, maka ibu hamil dan ibu menyusu diharuskan membayar fidyah.

rukhsah-puasa-ibu-menyusu-dan-hamil – Vitamin Cerdik by Coach Anah ...

Rukhsah menunjukkan,Islam adalah agama yang membawa rahmat kepada umatnya. Ia tidak memberatkan umatnya di luar kemampuan. Dalam kehidupan ibu, kita sedia maklum bahawa ibu yang melalui fasa hamil, pasti akan melalui fasa menyusu pada tahun berikutnya.

Kemudian, tahun berikutnya mungkin hamil kembali. Jadi, bolehlah ibu hamil mengambil rukhsah dengan panduan yang ditetapkan oleh Islam. Pahala seorang wanita yang hamil dan menyusukan bayi tetap tercatat sebagai amal soleh.
Berikut panduan ringkas buat ibu hamil. Mereka yang mengalami tanda seperti berikut, perlu SEGERA BERBUKA dan jangan memaksa diri untuk meneruskan puasa;
1. Pening, pengsan, lemah atau letih. Cuba berehat selama setengah jam dan jika tiada perubahan segera hubungi doktor.
2. Loya atau muntah.
3. Sekiranya usia kandungan melebihi 20 minggu, perhatikan jika ada perubahan ketara pada pergerakan bayi anda (tidak bergerak atau kurang menendang).
4. Berasa sangat dahaga atau air kencing berwarna gelap, berbau kuat dan kuantitinya sedikit. Ini tanda dehidrasi.
5. Berat badan tidak bertambah atau berkurangan.
6. Rasa sakit seakan sakit bersalin.
7. Sakit kepala atau demam.

Bila islam sendiri telah meringankan jangan ibu memaksa untuk melakukannya. Takut ianya bakal mendatangkan mudarat. 

Helping with Your First Few Steps
:point_right: Web : www.chubbybitsy.com
:point_right: Shopee: www.shopee.com.my/chubbybitsy
:point_right: Facebook: www.facebook.com/chubbybitsy
:point_right: Instagram: www.instagram.com/chubbybitsy
:point_right: Twitter: www.twitter.com/chubbybitsy
:point_right: Dropship: t.me/DSchubbybitsy
:point_right: Affiliate: t.me/affiliatechubbybitsy

ChubbyBitsy's Blog . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates