05 May 2020

Viral Johor - “Doktor, saya beli baju kuning untuk anak... | Facebook

Rata-rata ibu memang akan rasa bimbang jika anak mereka terkena kuning. Lagi-lagi ibu yang pertama kali baru bersalin. Iyelah mana tak risau hari-hari kena ambil darah untuk check bacaan kuning anak. 

Walaupun bimbang dan terlalu tumpu untuk turunkan kadar kuning pada bayi pernah tak ibu tahu apakah yang dimaksudkan dengan bayi kuning? 

Kuning atau nama perubatan Jaundis merupakan satu perkara yang kerap di alami oleh bayi yang baru lahir. Punca kuning bayi yang baru lahir adalah disebabkan terkumpulnya bilirubin(unconjugated) di kulit. Majoriti bayi yang kekuningan tidak mempunyai apa-apa masalah dan ia merupakan tindak balas normal bayi yang baru dilahirkan. 
Tetapi dalam beberapa keadaan dimana tahap kekuningan itu sangat tinggi, kompaun bilirubin tersebut boleh masuk ke dalam otak dan menyebabkan perkembangan mental terencat. Disebabkan itu ianya perlu di pantau mengikut kadar ketinggian bacaan kuning itu.
Penyakit kuning ini biasanya lebih mudah berlaku dalam kalangan bayi yang lahir pramatang iaitu sebanyak 80 peratus dan 60 peratus berlaku kepada bayi yang lahir matang.
Penyakit kuning bayi juga ada 2 jenis iaitu: 
  • Physiologic jaundice adalah  keadaan bayi yang kelihatan kuning, biasanya berlaku ke atas bayi berumur tiga hari dan akan berakhir dalam hari yang ke tujuh selepas dilahirkan dan ia tidak membahayakan serta akan sembuh tanpa memerlukan rawatan.

  • Pathologic jaundice pula adalah keadaan kuning pada kulit bayi yang dapat dilihat seawal hari pertama dilahirkan dan keadaan ini lebih merbahaya serta memerlukan rawatan segera.

Penyakit kuning biasanya berlaku apabila organ dalaman bayi seperti hati belum cukup matang dan tidak dapat berfungsi dengan sempurna selepas dilahirkan.
Dalam hati bayi terdapat sejenis bahan yang dinamakan bilirubin yang berwarna kuning, terbentuk daripada pemecahan sel-sel darah merah di dalam badan dan apabila semakin banyak sel darah merah pecah molekul bilirubin akan bertambah.
Apabila paras bilirubin tinggi di dalam darah ia akan meninggalkan kesan seperti kerosakan kekal pada sel otak dan akan menyebabkan kerencatan serta perkembangan bayi akan menjadi tidak normal, bayi akan mengalami masalah pendengaran, kekejangan otot serta boleh membawa maut.
Antara faktor yang menyebabkan bayi kuning ialah bayi mengalami masalah kekurangan enzim G6PD, masalah darah merah yang mudah pecah, kurang menyusu dan jenis darah berlainan di antara ibu dan anak.
Rawatan yang selalu dilakukan adalah dengan menggunakan fototerapi iaitu meletakkan bayi di bawah cahaya biru yang berfungsi untuk menukarkan bilirubin berwarna kuning ke dalam keadaan yang lebih mudah larut untuk memudahkannya dikeluarkan melalui air kencing dan najis.
Demam Kuning, Punca dan Kaedah Merawatnya - Hello Doktor
Susu ibu perlulah diberi secara kerap kepada bayi untuk mengelakkan kekurangan air dalam badan agar paras bilirubin dapat dikurangkan dengan lebih cepat.
Ibu dinasihatkan supaya cepat bertindak sekiranya melihat tanda-tanda membimbangkan berlaku pada bayi mereka yang mendapat jaundis.Rawatan bayi boleh menyelamatkan anak daripada mendapat kesan jangka panjang penyakit ini.

ChubbyBitsy's Blog . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates