15 April 2020

Kembali Bersenam Selepas Ceaserean (Fasa 1) – DianeSera.comPenjagaan bersalin czer dan bersalin normal sama sekali tidak sama. Ini kerana bila bersalin czer banyak perkara perlu dititikberatkan. Penjagaan ibu-ibu yang bersalin secara ceaserean juga perlu lebih teliti dan berhati-hati.
Ada segelintir ibu yang berpantang sendiri mesti khuatir dan takut bagaimana nak jaga luka disebabkan czer. Lagi takut membayangkan luka cxer terbuka atau berair. Jadi lebih baik ibu jaga luka itu sebaik mungkin daripada kena perkara yang ditakuti.

Bagaimana Wanita ini Merawat Luka Bersalin Secara Czer Supaya ...

Ada beberapa tips yang boleh digunakan untuk mempercepatkan penyembuhan luka bersalin terutama luka pembedahan.Namun di ingatkan luka czer kita tidak nampak dari luar jadi jangan lepas dah nampak elok terus angkat benda berat bahaya tu. 

  • Pastikan luka sentiasa kering
    Lap kawasan luka dengan kain lembut atau tisu, selepas setiap kali mandi. Dan jika berpeluh, pastikan kawasan luka tidak basah atau lembap. Ini kerana kelembapan akan menyebabkan jangkitan kuman dan melambatkan proses penyembuhan. Boleh dianginkan sebentar bahagian luka namun jangan terlalu lama bimbang masuk angin.
  •  Banyakkan bergerak
    Kajian menunjukkan, pergerakkan yang dilakukan selepas menjalani pembedahan boleh membantu mempercepatkan penyembuhan luka dan mnegurangkan risiko darah beku. Ianya tidak sama dengan jahitan bersalin normal yang tidak perlu banyak bergerak. Jangan risau benang jahitan akan terbuka jika ibu bergerak kerana ia sangat jarang berlaku. Dapatkan bantuan dari ahli keluarga atau jururawat untuk bergerak terutama pada hari-hari pertama selepas pembedahan.
  • Tidak perlu menyapu ubat
    Elakkan daripada mengambil atau menyapu sebarang ubat tradisional di kawasan luka pada 10 hari pertama bersalin. Tak semua ubat tradisional sesuai untuk ibu yang melahirkan secara pembedahan kerana ada sesetengah yang boleh memberi kesan sampingan seperti mengurangkan pengecutan rahim dan menyebabkan pendarahan faraj berlaku. Menyapu minyak gamat atau minyak tradisional pula boleh melambatkan lagi proses pencantuman luka.
  • Minum air secukupnya.
    Kekurangan air boleh menyebabkan Kita SEMBELIT dan menyukarkan proses perkumuhan. Ini akan memberi tekanan kepada perut dan tempat luka serta mendatangkan kesakitan. Jangan percaya kepada mitos yang mengatakan minum air terlalu banyak akan menyebabkan faraj berair dan rahim kembang.
  • Tidak perlu sabun
    Tidak perlu menggunakan sabun di kawasan luka semasa mandi. Memadai hanya dibasuh dengan air sahaja.
  • Susukan bayi anda.
    Menyusu badan telah terbukti boleh menyembuhkan luka dengan cepat. Setaip kali menyusu, badan akan mengeluarkan hormon oxytocin yang menolong mengecutkan rahim seterusnya mengurangkan risiko tumpah darah.
  • Makan makanan yang berkhasiat dan seimbang.
    Ibu akan mengalami kehilangan bendalir, mineral dan protein yang banyak selepas bersalin. Dengan makanan yang seimbang dan berkhasiat dapat menggantikan semula keperluan tubuh ibu dengan segera. Makanan yang kaya protein seperti daging, ayam dan ikan serta buah-buahan yang kaya dengan mineral dan sayur-sayuran sebagai sumber vitamin.
  • Elakkan melakukan aktiviti berat
    Turun naik tangga dan membongkok antara aktiviti yang akan menyebabkan ibu berasa lebih sakit. Oleh itu, elakkan aktiviti-aktiviti seperti itu sekurang-kurangnya dalam tempoh satu minggu. Jika perlu, minta bantuan ahli keluarga atau orang terdekat.
  • Pakai bengkung
    Ibu boleh gunakan binder atau bengkung sekiranya mahu. Ia selamat dan amat digalakkan untuk mengurangkan kesakitan terutama semasa batuk dan bersin. Bengkung juga bertindak mengurangkan angin dalam perut dan perut akan lebih cepat kempis. Bengkung elok dipakai selepas satu minggu pembedahan. Pilihlah bengkung yang lembut dan berasaskan kain.
  • Amalkan makanan yang kaya dengan zat besi, zinc dan multivitamin.
    Semasa pembedahan ibu akan kehilangan darah yang banyak iaitu 2-3 kali lebih tinggi daripada bersalin normal. Kehilangan darah akan menyebabkan perjalanan oksigen ke sel tubuh berkurang dan menyebabkan luka lambat sembuh. Jadi pastikan ibu mengambil makanan yang berzat tinggi bagi mempercepatkan proses penyembuhan.
Jaga diri ibu sebaik mungkin, jangan sampai luka jahitan terbuka akan membuatkan ibu lagi sakit untuk dijahit kali kedua. 


ChubbyBitsy's Blog . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates