03 April 2020

Buat ibu yang pertama kali hamil pasti berdebar menunggu due date kelahiran bayi. Namun tahukan ibu menurut sumber, hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh due date yang diramal oleh doktor. Biasanya kehamilan akan mencapai usia antara 38 ke 42 minggu. Jadi ibu kemungkinan ibu bersalin awal 2 minggu atau lambat 2 minggu dari tarikh due date itu boleh terjadi.

Akan ada pelbagai versi daripada orang yang berpengalaman berkaitan tanda nak bersalin. Ada yang cakap turun darah, mengalami sakit kontraksi, pecah air ketuban dan macam-macam lagi. Semua yang dikongsikan itu betul namun lain orang lain tanda bersalin tu.

Sebenarnya,ibu yang pertama kali nak merasa hamil, ibu perlu tahu setiap orang mempunyai pengalaman dan cara bersalin berbeza-beza. Jadi ibu tidak hanya akan mengikut satu fakta untuk menunggu kehamilan ianya akan jadi bahaya. Sama juga dengan kelahiran anak nombor dua tidak akan sama dengan anak pertama. 

Ibu boleh perbanyakkan ilmu kehamilan ini. Sedikit sebanyak ibu mampu menghadapi di saat kehamilan. 

Diperingkat awal kelahiran, ibu mungkin akan rasa perkara seperti berikut salah satunya:
  • Rasa sakit di bahagian bawah belakang dan abdomen. Ibu juga akan mengalami kekejangan seperti sengugut.
  • Terdapat tompokan darah sama ada berwarna coklat atau merah. Ini bermakna ibu sudah di ambang kelahiran mungkin dalam masa beberapa hari lagi atau pada hari tersebut. 
  • Kontraksi berlaku dalam jarak waktu yang pendek dan kerap. Oleh sebab itu ibu harus mengira waktu dan kontraksi dengan betul. 
  • Air ketuban pecah tapi harus disertai dengan kontraksi yang membantu pintu serviks untuk mudahkan bayi turun ke bawah.
Ibu juga perlu tahu bilakan ibu perlu ke hospital supaya kandungan tidak mengalami sebarang masalah. Antara kenapa ibu kena segera ke hospital bila:
  • Air ketuban pecah 
    Sekiranya ibu mendapati air ketuban sudah pecah dalam kuantiti yang banyak, segeralah ke hospital kerana bimbang bayi lemas dalam perut. 
  • Bayi kurang bergerak
    Selalunya bayi ada waktu mereka bergerak. Jadi ibu kena cakna tentang pergerakan bayi ibu.
  • Terdapat pendarahan
    Namun tidak perlu jika ia sedikit mukus yang bercampur darah.
  • Demam dan sakit kepala
    Andai ianya berlarutan dan sakit itu disertakan dengan sakit abdomen yang tidak surut-surut. Jangan tunggu untuk ke hospital.
Ibu yang mengandungkan anak pertama pasti sukar untuk mengagak waktu untuk bersalin. Doktor akan menyarankan untuk segera ke hospital jika kontraksi kuat berlaku setiap lima minit.Selain itu, segera ke hospital jika terdapat pendarahan atau air berwarna kehijauan atau coklat keluar. 

ChubbyBitsy's Blog . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates