ATASI KEMBUNG PERUT BAYI
Pernah tak bayi menangis tanpa ibu tahu apakah puncanya? Salin lampin dah, bagi makan dah namun masih lagi menangis. Buntu dibuatnya.
Tahukah ibu kebanyakan bayi menangis tanpa sebab adalah kerana kembung perut. Oleh kerana segelintir ibu tiada pengalaman sedemikian pasti agak menyukarkan ibu untuk menenangkan bayi. Lagi-lagi bila bayi menangis berjam lamanya lagi bertambah susah hati.
Sebenarnya masalah kembung perut ini masalah biasa yang dihadapi setiap bayi. Namun tindakbalas setiap bayi tidak sama. Mungkin yang hanya akan merengek dan mungkin akan menangis berjam lama.
Ianya boleh dilakukan oleh ibu pada bayi. Ianya pergerakkan dimana ibu akan mengerakkan kaki bayi seperti bawa basikal. Petua ini juga sesuai untuk orang dewasa untuk membuang angin. Bagaimana cara melakukannya, ibu boleh tengok sumber youtube.
Tuam bayi ini ibu boleh dapatkan di pasaran atau buat sendiri dengan bahan-bahan yang memang ada di dapur. Ianya elok dilakukan selepas mandi bagi mengelakkan bayi terkena kembung perut. Caranya:
Ini hanyalah petua yang ibu boleh lakukan pada bayi. Namun jika ianya masih berpanjangan eloklah bawa pergi berjumpa doktor bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini.

Jadi untuk mengelakkan ibu tidak dapat tidur malam kerana bayi merengek kembung perut, ibu boleh amalkan beberapa petua. Antaranya :
Cara penyusuan
Cara penyusuan menjadi penyebab bayi masuk angin. Jika bayi masuk angin ianya menandakan ibu telah memberi susu pada cara yang salah. Jadi pastikan betul cara ibu menyusukan bayi ibu.

Senaman basikal
Ianya boleh dilakukan oleh ibu pada bayi. Ianya pergerakkan dimana ibu akan mengerakkan kaki bayi seperti bawa basikal. Petua ini juga sesuai untuk orang dewasa untuk membuang angin. Bagaimana cara melakukannya, ibu boleh tengok sumber youtube.
Tuam Bayi
Tuam bayi ini ibu boleh dapatkan di pasaran atau buat sendiri dengan bahan-bahan yang memang ada di dapur. Ianya elok dilakukan selepas mandi bagi mengelakkan bayi terkena kembung perut. Caranya:
1. Sangai lada hitam dan garam besar dalam kuali tanpa minyak.
2. Setelah panas boleh letakkan di dalam kain. Seeloknya jika ada daun sirih boleh lapik sekali dalam kain tersebut.
3. Selepas itu tuamkan pada perut bayi.
Bahan-bahan yang telah disangai tidak perlu buang. Jika hendak gunakan lagi boleh buka dan sangai balik. Ada setengah orang lebih suka panaskan dengan seterika. Namun kaedah itu agak lambat untuk memanaskan seluruh tuam. Terserah pada ibu ikut saja cara mana yang lebih mudah.
Minyak Herba
Selepas mandi atau sebelum tidur ibu boleh menyapukan minyak herba atau minyak telon di bahagian ubun-ubun, perut, pelipat dan tapak kaki bayi. Waktu malam sebelum tidur pastikan dipakaikan stokin selepas disapu minyak. Jika boleh biar jadi amalan bagi mengelak kembung perut.
Barut dan bendung bayi
Ramai ibu yang menyangkakan bayi mereka tidak suka dibarut atau di bedung, kerana kaedah itu nampak tidak selesa buat bayi. Namun tahukah ibu barut mampu menghalang perut terkena kembung dan bedung mampu membuatkan bayi tidur dengan lebih nyenyak.
Urutan
Ibu boleh beri urutan perlahan pada tubuh bayi untuk melegakan dan memberi keselesaan.Lakukan pada bahagian perut dan belakang bayi. Jangan menekan perut bayi terlalu kuat kerana agak membahayakan bayi ibu.
Sendawa
Selepas minum susu pastikan pastika bayi disendawakan supaya tidak terperangkap angin dalam perut. Untuk bayi yang minum susu formula haruslah disendawakan walaupun ambil masa agak lama untuk blurppp.
Ini hanyalah petua yang ibu boleh lakukan pada bayi. Namun jika ianya masih berpanjangan eloklah bawa pergi berjumpa doktor bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini.
Helping with Your First Few Steps
Web : www.chubbybitsy.com
Shopee: www.shopee.com.my/chubbybitsy
Facebook: www.facebook.com/chubbybitsy
Instagram: www.instagram.com/chubbybitsy
Twitter: www.twitter.com/chubbybitsy
Dropship: t.me/DSchubbybitsy
Affiliate: t.me/affiliatechubbybitsy