15 April 2020

Luka episiotomi atau luka jahitan bersalin bagi ibu-ibu yang bersalin secara normal tidak seharusnya diambil remeh. Ia memerlukan penjagaan yang rapi agar luka tersebut cepat sembuh dan tidak mengalami sebarang jangkitan.Luka jahitan memang perlu dijaga dengan betul agar cepat sembuh sekaligus mengelakkan bekas jahitan boleh terbuka kembali. Ianya juga baik untuk keterampilan miss vagina ibu. Jadi ibu-ibu selepas hamil perlu menitikberatkan pemakanan, kebersihan dan cara berjalan.

Kadang-kadang bila cakap pasal berpantang semua akan cakap 'alah manjakan sangat badan tu', bukan manja tapi lebih pada menjaga diri daripada terkena jangkitan kuman atau masalah jahitan terbuka. 

Jom ikuti perkongsikan seorang jururawat berkenaan tips sebenar penjagaan luka episiotomi atau luka jahitan bersalin normal.

  • Sentiasa cuci luka dan keringkan kawasan jahitan

    Sentiasa basuh luka jahitan dan keringkan kawasan jahitan dengan tisu kering yang bersih. Jangan biarkan tempat luka basah ianya penyebab bakteria akan berkumpul. Boleh keringkan dengan tisu dan di anginkan sebentar dengan kipas. Selepas itu boleh letak ubat kuning di kawasan jahitan. Sebelum pakai seluar dalam pastikan kering baru pakai.
  • Botol spray 
    Ibu boleh dapatkan botol ini di farmasi ataupun dikedai yang menjual. Masukan ubat kuning kedalam botol kosong itu. Bila nak guna hanya sembur saja.Mudah kerja ibu. Tanpa perlu nak kena tengok kawasan luka.
  • Kurangkan berjalanIbu yang ada luka jahitan pastikan jangan terlalu banyak bergerak andai perlu pastikan berjalan dengan perlahan-lahan. Tidak perlu berjalan seperti waktu sihat. Selagi boleh kepit , kepitlah ibu bagi memastikan daging cepat bercantum. Boleh amalkan senaman kegel boleh membantu mencepatkan kawasan jahitan sembuh.  
  • Tukar tuala wanita selaluBila ibu selalu tukar pad jadi ibu akan sentiasa keringkan lukaan. Ianya sangat bagus dan pula boleh mengurangkan akibat jangkitan.
  • Amalkan vitamin CBoleh amalkan makan oren untuk mendapat vitamin c. Namun ada setengah orang yang sensitif dengan buah oren boleh dapatkan vitamin C di farmasi terpilih.

    Coronavirus: it's time to debunk claims that vitamin C could cure it
  • Air Garam
    Garam elok untuk mengurangkan luka namun sedikit pedih. Ianya boleh menyah kuman dan boleh menghindarkan dari terkena jangkitan kuman.

  • Elakkan sembelit
    Sembelit perlu dielakkan kerana masalah sembelit akan memberikan tekanan di bahagian luka jahitan semasa meneran untuk membuang air besar. Perkara ini akan menyebabkan luka jahitan bersalin tersebut terlerai sedikit atau mungkin terlerai terus. Pastikan minum banyak air dan makan banyak sayur-sayuran serta buah-buahan bagi membantu kelancaran proses pembuangan najis.
    Ibu Baru 7 Hari Bersalin Jahitan Luka Terbuka, Benang Tertetas ...

ChubbyBitsy's Blog . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates