03 April 2020

Braxton Hicks sering juga dikenali sebagai "kontraksi palsu" yang biasa di alami oleh ibu ketika trimester ketiga. Ianya memang biasa terjadi pada ibu hamil ianya kerana rahim tengah berlatih untuk bersalin. 



Ada beberapa pakar berpendapat, kontraksi mempengaruhi serviks ibu. Pada peringkat awal kelahiran, serviks mula memendek dan menjadi lebih lembut sebagai persediaan untuk mengembang bagi menyenangkan perjalanan bayi. Jadi mungkin kontraksi Braxton Hicks adalah cara serviks dilatih bagi peringkat ini.

Jadi lebih baik ibu belajar mengenali kontraksi palsu supaya ibu tidak tertipu dan ke hospital kerana braxton hicks. 

Braxton Hicks Contractions | SheCares
Sebetulnya, kontraksi rahim terjadi sepanjang usia kehamilan. Ianya berlaku sejak usia kehamilan 7 minggu. Mungkin di sebabkan ukuran rahim belum membesar, ibu tidak terlalu merasa kontraksi itu berlaku. Kontraksi palsu biasa akan dialami ibu hamil pada trimester ke-3, atau paling cepat pada trimester ke-2 di usia kehamilan 16 minggu.

Ada beberapa tanda kontraksi palsu yang biasa ibu akan rasakan seperti: 

    • Otot rahim mengencangkan, ibu boleh meletakkan tangan di perut dan terasa otot perut ketat.
    • Tempoh pengecutan palsu adalah sekitar 30 saat, tetapi tidak melebihi dua kali sejam.
    • Kontraksi palsu boleh berlaku beberapa kali sehari
    • Kekerapan dan corak kontraksi rawak, tetapi tidak semakin buruk, tidak juga lebih kerap
    • Bila ibu mengubah kedudukan atau perubahan aktiviti, kontraksi cenderung untuk berhenti.
    • Tiada ketuban darah.
    • Air ketuban tidak pecah. 
Biasanya kontraksi palsu tidak membuatkan ibu merasa sakit, namun ianya membuatkan ibu tidak rasa selesa. Jom lakukan beberapa cara untuk melegakan kontraksi palsu. Antara tips yang ibu boleh lakukan ialah: 
  • Tukar posisi badan. Cuba ibu menukar kedudukan badan. Apabila pengecutan dirasakan semasa perjalanan, berehat. Lakukan teknik relaks yang mudah seperti bernafas secara perlahan dan mendalam untuk memberikan keselesaan.
  • Minum segelas air atau teh dapat menenangkan dan membantu ibu mengurangkan rasa tidak selesa.
  • Mandi air panas. Jika tidak dapat berendam dalam air panas cukup sekadar alirkan air dibadan. Namun pastikan suhu tidak terlalu panas sehingga memudaratkan ibu. 
Sekiranya ibu bimbang dengan tanda-tanda bersalin walalupun ia mungkin kontraksi palsu, jangan teragak-agak untuk menghubungi doktor atau bidan ibu. Langkah ini amat diperlukan bagi ibu mmenangani situasi yang ibu hadapi.

Pastikan tiada tanda-tanda yang berat berlaku seperti pendarahan yang banyak, air ketuban pecah dan sebagainya. Sentiasa pantau keadaan bayi ibu supaya ibu boleh bersalin dengan selamat.



ChubbyBitsy's Blog . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates