19 March 2020

Pernah dengar perkataan simpul biawak, ada juga yang panggil tarik mengkarung ianya sebenarnya kekejangan kaki yang sering berlaku pada ibu mengandung. Selalunya gejala ini menyerang di bahagian kaki. Selain kekejangan, ibu hamil juga mudah berasa lenguh dekat kaki terutamanya pada waktu tidur malam.

Secara dasarnya, simpul biawak dan rasa lenguh ini bukan hanya terjadi pada wanita mengandung sahaja tapi ia boleh berlaku pada sesiapa tidak kira muda mahupun sudah berusia. Terdapat beberapa teori yang menjelaskan mengapa ianya berlaku semasa hamil antaranya :
  • Berdiri terlalu lama dan banyak berjalan menyebabkan otot keletihan tambah pula dengan peningkatan berat badan
  • Hormon progesteron memberi kesan kepada otot kaki tidak kira pergerakan apa yang anda lakukan walaupun ianya berdiri.
  • Perkembangan rahim memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki anda.
  • Kekurangan nutrien seperti magnesium, kalsium dan garam mineral.
  • Dehidrasi / kekurangan cecair dalam tubuh.
Cara untuk mengatasi kekejangan kaki ketika hamil, antaranya:

Rendaman Air Panas 
Ibu boleh mencuba cara merendam kaki di dalam air suam atau boleh mengunakan alat tuaman panas pada bahagian yang terasa sakit.
Perubahan suhu ini dapat menjadikan otot lebih relaks dan mengurangkan rasa sakit pada kaki.
Urutan
Apabila diserang kekejangan atau simpul biawak, luruskan dan gerak-gerakkan kaki serta hujung jari. Seeloknya pastikan hujung jari mengarah ke atas dan bahagian tumit pula mengarah ke bawah supaya otot betis berasa lega. Selepas itu, urut betis perlahan-lahan ke arah bahagian bawah kaki.
Betulkan Poster Badan 
Bagi ibu hamil, make sure poster badan berada dalam keadaan yang optimum. Ini bermaksud elakkan tabiat melipat kaki ketika duduk supaya aliran darah berjalan lancar ke seluruh bahagian kaki. Selalu mesti rasa lenguh dan sakit belakang ketika mengandung kan? Jadi untuk lebih selesa gunakan bantal tambahan dan letakkannya di bahagian tengah kaki.
Senaman Regangan
Bila mengandung, mungkin ibu-ibu berasa lebih sukar untuk bergerak dan cepat letih. Namun, tabiat ini tidak sepatutnya dibiarkan berterusan kerana kurangnya pergerakan boleh menjadikan anda cenderung diserang kekejangan dan lenguh-lenguh. Rajinkan diri untuk berjalan atau melakukan senaman regangan.
Minum susu & Makanan Tingg KalsiumIbu-ibu yang sering diserang kekejangan pada waktu malam merasakan bahawa meminum segelas susu sebelum tidur dapat membantu mengurangkan gejala tersebut.
Pemakanan sewaktu hamil pun penting juga untuk mengelak terkenanya simpul biawak ni. Tambahkan pengambilan makanan yang mempunyai kandungan magnesium yang tinggi. Jika keadaan masih teruk, dapatkan nasihat daripada doktor untuk mengelakkan kaki anda mengalami darah beku.
Helping with Your First Few Steps
:point_right: Web : www.chubbybitsy.com
:point_right: Shopee: www.shopee.com.my/chubbybitsy
:point_right: Facebook: www.facebook.com/chubbybitsy
:point_right: Instagram: www.instagram.com/chubbybitsy
:point_right: Twitter: www.twitter.com/chubbybitsy
:point_right: Dropship: t.me/DSchubbybitsy
:point_right: Affiliate: t.me/affiliatechubbybitsy

ChubbyBitsy's Blog . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates