16 March 2020

Kita tidak tahu apaka punca plasenta previa, namun ada beberapa faktor penyebab ianya berlaku. Antaranya :

  • Faktor Uterus : Ini biasa berlaku disebabkab oleh pembedahan rahim sebelum ini contohnya, pembedahan untuk menghilangkan fibroid iaitu ketumbuhan bukan barah yang berkembang pada dinding rahim.
  • Faktor Plasenta : Kedudukan plasenta ada hubungan secara langsung dengan tempat pertumbuhan embrio dalam rahim. Oleh itu, embrio yang tumbuh pada kedudukan rendah akan menyebabkan plasenta rendah juga. Faktor plasenta lain termasuklah plasenta yang lain daripada biasa contohnya kehamilan kembar.
Wanita yang paling mudah terdedah kepada plasenta previa jika mereka:
  • Ada sejarah keguguran atau prosedur pembersihan rahim.
  • Jalani pembedahan ceaser. Risiko ini akan meningkat dengan setiap pembedahan.
  • Ada parut membran mukus yang menyaluti rongga rahim dari plasenta previa sebelum ini. 
  • Telah ada beberapa anak.
  • Lebih dari 35 tahun.
  • Kehamilan jarak dekat.
Uri bawah bukan sejenis penyakit atau jangkitan yang boleh sembuh dengan ubat-ubatan. Ibu hanya akan diberi ubat untuk mencegah berlakunya kelahiran pramatang supaya kehamilan boleh dilanjutkan sehingga 36 minggu. Jika ibu perlu melahirkan anak lebih awal berdasarkan keadaan semasa yang memaksa , ibu mungkin diminta untuk mengambil suntikan steroid untuk menguatkan paru-paru kandungan bayi ibu.

Ibu boleh mengikut langkah-langkah pencegahan dibawah mengelakan berlakunya tanda-tanda awal. Antara langkah-langkah tersebut adalah:
  • Elakan melakukan senaman atau aktiviti berat.
  • Elakkan hubungan seksual untuk seketika.
  • Elakkan pemeriksaan pelvis.
  • Elakan mengangkat objek berat.
  • Rehat dengan selesa di katil.
  • Boleh dapatkan rawatan dan berehat di hospital (untuk pendarahan berat)
  • Transfusi darah, ianya diperkukan jika berlaku kehilangan darah yang banyak)
  • Jangan mencuci atau membersih faraj dengan semburan air atau campuran lain.
Sekiranya pendarahan berterusan atau kandungan ibu menunjukan tanda-tanda komplikasi, pembedahan kecemasan penting untuk menyelamatkan dan memastikan keselamatan ibu dan kandungan. 




ChubbyBitsy's Blog . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates