18 March 2020

Setiap ibu mengandung pasti menginginkan proses kehamilannya berjalan lancar tanpa
sebarang masalah namun terdapat beberapa kemungkinan boleh berlaku yang bukan sahaja membahayakan janin tetapi bakal ibu. Jadi amatlah penting untuk ibu mengetahui
tanda-tanda yang ditunjukkan sepanjang kehamilan agar dapat mengatasi sebarang masalah pada kandungan yang mana ada di antaranya mudah untuk dikenal pasti.


Sekiranya ibu ambil remeh terhadap masalah yang berlaku kemungkinan boleh berlaku kepada kandungan anda termasuklah kebocoran air ketuban, bayi tidak membesar dengan baik, bayi mengalami hipoksia (tali plasenta tidak dapat mengalirkan darah beroksigen serta nutrien kepada bayi), keguguran serta bayi mati dalam kandungan. Masalah ini bukan untuk menakutkan ibu hamil, namun lebih kepada nak ibu ambil berat terhadap kandungan ibu.
Berikut adalah tanda-tanda kandungan ibu mungkin dalam keadaan bahaya:
1. Kurang pergerakan bayi dalam kandungan.
Masuk trimester ketiga ibu perlu mengira kadar pergerakan bayi dalam kandungan. Ibu perlu catit dibuku pink bila kandungan sudah mencecah 7 bulan. Sekiranya kandungan ibu kurang bergerak atau tidak memberi respond jangan diabaikan. Kemungkinan kandungan ibu adalah masalah yang boleh menyebabkan oksigen berkurang. Jadi sila patuh arah jururawat untuk mengira pergerakan kandungan diusia kandungan 7 bulan.
2. Pendarahan pada faraj
Pendarahan ketika hamil boleh disebabkan oleh pelbagai faktor namun jika darah yang mengalir berserta sakit perut, kekejangan dan hampir pengsan ketika kandungan pada trimester pertama ianya mungkin kandungan mengalami masalah perlu dibuat pemeriksaan segera. Pendarahan berterusan dengan kekejangan juga boleh menandakan ibu sedang mengalami keguguran ketika kandungan pada peringkat trimester pertama dan kedua.Jika ia berlaku pada trimester ketiga, ia mungkin disebabkan oleh masalah plasenta yang terbentuk di dalam rahim.
3. Sakit kepala dan gangguan penglihatan
Jika anda mengalami sakit kepala kronik melebihi dua ke tiga jam berserta gangguan penglihatan, situasi itu mungkin petanda anda mengalami praeklampsia iaitu sejenis keadaan yang dikaitkan dengan tekanan darah tinggi serta kehadiran protein dalam air kencing. Ia hanya akan berlaku pada ibu hamil pada trimester kedua. 
4. Cecair keluar daripada faraj
Jika terdapat cecair yang keluar daripada faraj sebelum kandungan mencecah usia 37 minggu maka itu tanda air ketuban telah pecah lebih awal. Segera ke hospital kerana selepas air ketuban pecah, bayi dalam kandungan terdedah kepada jangkitan.
5. Sakit dibawah perut
Kesakitan di bahagian bawah perut sama ada salah satu sisi atau kedua-duanya merupakan tanda kandungan berisiko untuk mengalami keguguran, kelahiran pra-matang, masalah plasenta dan sebagainya.
Jesteru itu ibu perlulah lebih cakna terhadap kandungan ibu. Tidak rugi untuk membuat pemeriksaan bagi memastikan kandungan dalam keadaan selamat.
Helping with Your First Few Steps
:point_right: Web : www.chubbybitsy.com
:point_right: Shopee: www.shopee.com.my/chubbybitsy
:point_right: Facebook: www.facebook.com/chubbybitsy
:point_right: Instagram: www.instagram.com/chubbybitsy
:point_right: Twitter: www.twitter.com/chubbybitsy
:point_right: Dropship: t.me/DSchubbybitsy
:point_right: Affiliate: t.me/affiliatechubbybitsy

    ChubbyBitsy's Blog . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates