11 March 2020

Image result for bayi dalam kandungan
Bayi adalah anugerah terindah buat ibu ayah. Peringkat dan proses yang dilalui oleh bayi untuk dilahirkan nampak biasa namun ianya adalah proses yang hebat. Setiap proses akan dilalui dengan beberapa cabaran dan prosesnya akan terbentuk dengan sempurna. Apabila ibu mengetahui ibu hamil proses yang ibu akan rasakan perut yang makin membesar namun tahukah apa yang dilakukan bayi di dalam kandungan?



Perkara yang bayi akan lakukan semasa dalam kandungan,bayi sedang belajar bagaimana untuk mencintai ibunya. Disaat kehamilan yang paling mengagumkan dan menakjubkan bila bayi mengetahui siapa ibu mereka 9 bulan dalam kandungan. Bayi juga mampu merasakan degupan jantung dan perubahan emosi dari ibu. Jadi kerana itu semasa hamil ibu dinasihatkan jangan selalu marah-marah. 

Bayi mula tersenyum sejak dalam kandungan lagi ibu. Ianya perkara yang menakjubkan bukan. Didalam kandungan lagi bayi telah belajar mimik muka senyum, masam dan lain-lain. Jika ibu yang buat ultrasound 3D atau 4D mungkin ibu boleh melihat apa yang bayi lakukan disaat itu dan apakah mimik muka bayi ketika itu.

Image result for bayi  SENYUM dalam kandungan Tidur adalah perkara yang baik dan selalu dilakukan bayi yang baru lahir namun tidak bagus buat bayi di dalam kandungan. Ini kerana ibu harus berkomunikasi dengan bayi dalam kandungan dengan cara merasa pergerakan bayi. Bersyukurlah disaat ibu merasa tendangan dari bayi. Bila bayi sentiasa menendang bukan kerana bayi tidak menyayangi ibu mereka, ini kerana mereka membesar dengan baik.

Pernah dengar tak ada ibu cakap 'Oh baby tengah sedu tu'. Pelikkan bila dengar macam tu namun betul bayi juga akan sedu bila didalam kandungan. Ianya akan berlaku bila ibu makan makanan pedas, bayi tidak mampu merasa apakah makanan yang ibu mereka makan dan menyebabkan sedu. Jadi pada peminat pedas jangan terlalu kerap makan benda pedas.

Ibu terdengar tepukan dari dalam kandungan? Heee benda tu tak boleh dengar macam tu saja namun kalau rekod melalui ultrasound ibu boleh mendengar bayi tepuk tangan di dalam rahim. Perkara aneh bagi ibu ini akan berlaku bila dipasangkan muzik pada bayi dalam rahim dan sebagai tindak balas bayi akan bogey dengan pukulan. 

Ada kajian mengatakan yang bayi dalam rahim boleh menangis. Ini kerana bayi membuat ekspresi menggosok dan keriput wajah mereka yang cukup sama dengan apa yang berlaku apabila bayi benar-benar menangis 

Suara yang paling bayi kenal adalah suara ibu mereka kerana didalam kandungan lagi meraka sentiasa mendengar suara ini. Ramai yang mengatakan biar bayi dengar nyanyian lembut untuk proses perkembangan yang baik. Namun tahukan ibu hanya dengan suara ibu sudah cukup buat bayi. Lagi-lagi jika ibu alunkan surah-surah Al-quran. 

Justeru itu dalam menjaga bayi dalam kandungan ibu haruslah menunjuk contoh baik buat bayi ibu, kerana ianya akan mempengaruhi mereka setelah mereka keluar dari perut ibu. 



ChubbyBitsy's Blog . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates